web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Farra Sanuse Impikan Yaya Zahir Pakai Jenamanya

Farra Fahsya Reena Sanuse dinobatkan sebagai 'Best Design Young Fashion Designer' MARA In Fashion (MIF) RTW kali ini.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 5:00PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

November menyaksikan kemeriahan para peminat fesyen keluar meraikan variasi rekaan dan kreativiti dalam busana yang dihasilkan pereka tempatan.

Selain Kuala Lumpur Fashion Week 2021 (KLFW2021) yang baru sahaja melabuhkan tirai semalam, sebuah lagi majlis iaitu MARA In Fashion (MIF RTW 2021/2022) juga diadakan bagi mencari pereka fesyen muda yang bakal menggemparkan industri tempatan dengan hasil sentuhan yang lebih segar. 

MIF RTW 2021/2022 ini dimeriahkan dengan penglibatan 20 pereka muda yang bakatnya digilap oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan konsep ready to wear bertemakan Identiti.

Mereka telah melalui empat fasa latihan keusahawanan merangkumi aspek perniagaan industri fesyen dan bimbingan secara terus oleh pakar dalam bidang berkaitan seperti Faizal Hamid, Pensyarah Kanan Jabatan Fesyen Fakulti Seni Lukis dan Reka Bentuk dari Fakulti Seni Lukis Universiti Teknologi Mara (UiTM), Fiziwoo dan ramai lagi.

Daphne Iking tampil sebagai pengacara.
Daphne Iking tampil sebagai pengacara.

MIF RTW kali ini menyaksikan pereka bagi jenama Neonate, Syahir Hamdan telah dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Best Collection Entreprenuer Fashion Design. Manakala, Farra Fahsya Reena Sanuse atau mesra disapa Farra Sanuse pula dinobatkan sebagai Best Design Young Fashion Designer

Terkejut dan gembira, Farra tidak putus-putus menzahirkan rasa syukur kerana tidak menjangkakan memenangi anugerah terbesar dalam MIF RTW. Menerusi jenama Farra Sanuse, dia mempertaruhkan rekaan yang diilhamkan daripada Kebaya Melayu Panjang dalam busana yang lebih kontemporari dan elegan.

Farra teruja dengan kemengan yang diraih apatah lagi ia di luar jangkaannya.
Farra teruja dengan kemengan yang diraih apatah lagi ia di luar jangkaannya.

Gadis jurusan fesyen itu turut mendedahan dia mengambil masa satu hingga dua minggu untuk menyempurnakan busana rekaannya sebelum dipertandingkan.

“Selepas kemenangan ini saya menyasarkan jenama Farra Sanuse dikenali dengan menyediakan pakaian berkualiti tinggi dan direka dengan baik kepada pelanggan.

"Insya-Allah, saya akan bina jenama ini, memandangkan keluarga saya juga memang mempunyai latar belakang perniagaan dalam bidang fesyen. Maka, sedikit-sebanyak saya berpeluang belajar selok-belok perniagaan dengan mereka. 

“Saya masih perlu menambah pengetahuan dalam perniagaan memandangkan zaman sekarang  e-dagang salah satu platform yang sedang meningkat naik. Saya lebih fokus kepada RTW kerana bagi saya ia lebih mudah dijual dan ada permintaan yang tinggi," katanya kepada Getaran. 

Mana-mana pereka fesyen sudah semestinya ada keinginan untuk melihat selebriti atau ikon kesayangan mereka memperagakan koleksi rekaan mereka. Berbicara lanjut mengenai perkara ini, Farra berkongsi dia berharap pengacara terkenal Yaya Zahir menyarungkan pakaian rekaannya suatu hari ini. 

“Saya sangat suka dengan gaya yang ditampilkan Yaya. Dia ikon fesyen kesukaan saya,” katanya lagi.

Farra (kanan) dan Syahir Hamdan (kiri) menang besar di MIF RTW
Farra (kanan) dan Syahir Hamdan (kiri) menang besar di MIF RTW

MIF RTW 2021/2022 diadili barisan juri profesional tanah air seperti FiziWoo, Hatta Dolmat, Rico Rinaldi dan Rizman Ruzaini. 

Di samping latihan keusahawanan, pereka yang layak dan berhasrat untuk membuka perniagaan dalam bidang ini akan ditawarkan kemudahan pembiayaan, premis perniagaan serta khidmat nasihat secara berterusan supaya terus kekal berdaya saing di pasaran fesyen. 

Diwujudkan sejak 2016, program ini telah melahirkan 54 pereka fesyen hebat yang mampu duduk sebaris dengan pereka tempatan sedia ada seperti Wan & Mary, Ann Khan, Ummi Riaz, Amaze dan ramai lagi.

Kejayaan mereka adalah bukti usaha gigih MARA dalam mengetengahkan jenama dan bakat pereka muda di pasaran fesyen tempatan. - Getaran, 8 November 2021

Gambar: Azim Rahman 

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Sandy Liang Dan Salomon Berkolaborasi Buat Kali Kedua

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

3

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

4

Gaya 1 tahun yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN