web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saksikan Minggu Fesyen ASEAN-Korea 2021 Secara Maya

Pertunjukan fesyen antara ASEAN dengan Republik Korea bakal dijalankan secara digital.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2021 8:30AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minggu Fesyen ASEAN-Korea 2021 (AKFW 2021) bakal dijalankan secara maya sepenuhnya tanpa penonton fizikal selama empat hari berturut-turut, dipancarkan secara langsung dari Muzium Seni Busan dan Pusat Konvensyen Busan (BEXCO), Korea Selatan.

Dianjurkan oleh Bandar Metropolitan Busan bersama Agensi Promosi Ekonomi Busan (BEPA), AKFW 2021 telah dikembangkan ke rantau Asia Tenggara (ASEAN) dengan sidang kemuncak khas ASEAN-Korea sebagai momentum.

Minggu fesyen ini ialah acara fesyen terbesar antara kerjasama industri fesyen Korea Selatan dengan negara-negara ASEAN. Ia berkaitan dengan Dasar Baharu Republik Korea dan tahun ini menandakan ulang tahun ketiga acara fesyen berprestij ini.

Sebagai penyeri, AKFW 2021 turut menampilkan persembahan pembukaan oleh artis-artis tempatan dari Busan di Muzium Seni Busan pada jam 6.20 petang pada 29 September 2021. Tema upacara pembukaan ialah ‘Titik Permulaan Perubahan, Busan Gelombang Baharu’. 

Seterusnya pertunjukan dan forum fesyen digital bakal berlangsung di Dewan 5A, Pusat Pameran 2 BEXCO, bermula dari 30 September (Khamis) hingga 2 Oktober (Sabtu). Sebanyak 27 perniagaan dan sembilan jabatan fesyen dari 11 negara ASEAN mengambil bahagian.

Pengurus BEPA, Kim berkata,  pihaknya mempunyai rancangan bagi mencegah COVID-19 dengan mengurangkan jumlah individu di lokasi seperti pereka fesyen, peragawan dan kakitangan.

“Kami berharap agar semua orang mempunyai minat yang tinggi terhadap AKFW 2021 selaku pertunjukan fesyen yang bakal memimpin era baharu dalam memecah tradisi pertunjukan fesyen secara bersemuka konvensional,” kata Kim. 

Program-program Minggu Fesyen ASEAN-Korea 2021

  • Pertunjukan fesyen maya secara langsung yang disertai oleh sembilan pereka fesyen
  • Pertunjukan fesyen Pesta Fesyen Universiti oleh sembilan universiti dari wilayah Busan
  • Penggambaran filem fesyen ASEAN oleh 18 syarikat Korea Selatan dan 10 anggota ASEAN
  • Forum Pembangunan Fesyen Korea-ASEAN tahun kedua (dalam talian)

Layari Minggu Fesyen ASEAN-Korea 2021 untuk maklumat lanjut serta menonton secara langsung pada 29 September hingga 2 Oktober nanti. - 21 September 2021

BEXCO
BEXCO
Muzium Seni Busan
Muzium Seni Busan

Semua gambar: Agensi Promosi Ekonomi Busan

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

3

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

4

Gaya 2 tahun yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN