Selain acara-acara anugerah dunia hiburan terbesar dunia seperti Anugerah Academy, Grammy dan seumpamanya, ada satu lagi acara yang sentiasa dinanti-nantikan oleh para pengamat fesyen dunia iaitu Met Gala.
Buat yang tidak mengetahui apakah sebenarnya acara Met Gala, ia sebenarnya bermaksud ‘Costume Institute Gala’ ataupun ‘Costume Institute Benefit’.
Ia merupakan sebuah acara kebajikan tahunan yang diadakan untuk mengumpul dana dan derma buat Institut Kostum Muzium Seni Metropolitan di bandar New York.
Ia juga menandakan pembukaan pameran fesyen tahunan Institut Kostum itu. Setiap tahun, ia meraikan tema pameran Institut Kostum tersebut dan ia memberi gambaran tema pakaian untuk acara malam itu kerana semua tamu harus memilih fesyen berdasarkan tema tersebut.
Tahun ini kami kongsikan beberapa gaya menarik yang disarungkan oleh para selebriti yang menghadiri acara gilang-gemilang ini. Tema kali ini ialah ‘In America: A Lexicon of Fashion’. - Getaran, 14 September 2021