web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerja Keras Hingga Jam 4 Pagi Demi Hutang 2D

Walau nampak seakan tidak matang dan suka bergurau, Floor 88 serius dan komited ketika bekerja.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2021 2:44AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lucu dan syahdu adalah perkataan yang tepat bagi menggambarkan filem terbaharu lakonan kumpulan Floor 88 berjudul Hutang 2D. Jika pelakonnya jejaka muda seperti mereka, sudah tentulah jalan cerita karya ini sarat dengan adegan aksi dan lucu yang buat penonton pecah perut.  

Lebih menarik, selain berlakon salah seorang aggota Floor 88 iaitu Eric Fuzi menggalas tanggungjawab sebagai pengarah bersama Hutang 2D disamping Irwan Rauf. Mengakui sudah lama menyimpan harat untuk bergelar sutradara, Eric bersyukur dan menganggap kepercayaan yang diberikan ini sebagai suatu peluang untuk menonjolkan kemampuan sebenar dirinya. 

Mengarah dan membimbing rakan band sendiri iaitu Ayie Ilham, Akram K, Falique Ghazali, Zai Hamzah dan Amirul Afeeq ternyata mudah buat Eric Fuzi dan malah penggambaran berjalan lancar. Mungkin sudah lama bersama, masing-masing faham dan menghormati kerja sepanjang penggambaran berlangsung. 

“Memang kami nampak seperti kanak-kanak nakal. Hakikatnya, kami sangat komited dan sangat bekerja keras. Kadangkala meeting hingga jam 4 pagi di whatsapp untuk membincangkan hala tuju kami. Dalam gurau, kami faham apa yang perlu dilakukan apabila bekerja.

“Walaupun saya antara anggota termuda kumpulan ini, mereka hormat dan faham peranan saya sebagai pengarah. Mereka boleh menerima teguran,” kata Eric ketika ditemui di sidang media Hutang 2D baru-baru ini. 

Bercerita mengenai kelangsungan karier pengarahan, Eric tidak mahu bakatnya terikat dengan genre tertentu sahaja. Meskipun karya arahannya kali ini banyak babak jenaka, tetap diselitkan unsur romantik dan aksi.  

“Saya tak berapa gemar melihat filem berdasarkan genre. Walaupun ia filem kelakar, banyak lagi elemen lain ada dalam sesebuah naskhah. Bagi saya, filem adalah sebuah penceritaan.

"Filem yang bakal saya hasilkan selepas ini adalah bedasarkan apa cerita yang mahu saya sampaikan. Bukannya berdasarkan genre yang ingin saya hasilkan," katanya. 

Mengulas lanjut mengenai Hutang 2D, Irwan mendedahkan filem ini sangat istimewa kerana menggunakan kesan khas. Sentuhan elemen animasi inilah yang membuatkan kos filem ini mencecah sehingga RM300,000. Unsur kesan khas ini dapat dilihat dalam babak aksi menerusi karakter Ayie dan rakan-rakannya. 

Hutang 2D mengisahkan  Ayie (Ayie Elham), seorang pelukis webtoon yang kuat berangan tetapi pengecut. Hubungan Ayie dan bapanya, Pak Jie (Ropie) tidak mesra, bahkan bakat melukisnya juga sering diperlekehkan. Itu membuatkan Ayie rasa sedih dan kurang keyakinan, termasuklah memendam rasa terhadap jirannya, Shima (Baby Shima).

Sementara itu, Pak Jie banyak berhutang dan sering diganggu dua gangster, Han (Black) dan Kit (Wafiy Ilhan). Apabila Pak Jie diserang di rumahnya, Ayie menyembunyikan diri. Keadaan bagaimanapun berubah apabila Ayie bertemu dengan Gua Mambang (Altimet) yang menghadiahkkannya sebuah tablet ajaib. Ayie mendapati setiap lukisannya di tablet itu  menjadi kenyataan. Kemudian, Ayie mencipta rakan-rakan baru yang mempunyai kuasa ‘superhero’ luar biasa agar dapat membantunya menyelesaikan masalah hidupnya.

Filem ini boleh ditonton menerusi Astro First saluran 480 sejak 5 Ogos lalu. Jangan lepaskan peluang anda menonton karya menghiburkan ini. 

Gambar: Instagram @floor88band


 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 8 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN