web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Creator+ Cuba Pikat Penonton Generasi Z Dengan 'Jane' Dan Madelaine Petsch

Creator+ membawa angin baru dalam dunia penerbitan filem dan kandungan digital. Filem pertamanya, ‘Jane’, bakal dibintangi nama-nama besar Hollywood seperti Madelaine Petsch dan Melissa Leo.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2021 3:16PM

Gambar: Instagram @madelame

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bintang siri ‘Riverdale’, Madelaine Petsch bakal beraksi dalam filem baharu tidak lama lagi! Filem yang bertajuk Jane ini juga akan diterbitkan oleh beliau.

Jane adalah filem pertama karya Creator+, studio penerbitan dan platform penstriman khas untuk para pencipta kandungan digital dan para penonton Generasi Z.

Selain Petsch, filem ini turut dibintangi oleh Chloe Bailey (dari duo pop R&B Chloe x Halle) dan pemenang anugerah Oscar, Melissa Leo. 

Jane ditulis oleh Sabrina Jaglom dan Rishi Rajani. Ia juga bakal menyaksikan Jaglom membuat debut pengarahannya. 

Gambar: Instagram @madelame
Gambar: Instagram @madelame

Filem ini berkisarkan seorang pelajar senior sekolah menengah, Olivia (Petsch), yang seolah-olah tampak sempurna tetapi bergelut dengan kesedihan setelah kehilangan rakannya.

Apabila kemasukan ke kolej impiannya ditangguhkan, dia mula berubah dan mula dihantui serangan panik yang menakutkan.

Dalam cubaan untuk mengawal diri dan perasaannya, Olivia menggunakan media sosial untuk menyerang sesiapa saja yang cuba menghalangnya daripada mengecapi kejayaan. Tetapi apabila keadaan semakin memuncak, dia terpaksa berdepan dengan kegelapan dari dalam dirinya.

Gambar: Instagram @chloebailey
Gambar: Instagram @chloebailey

Penggambaran dijangka bermula dalam masa terdekat di Albuquerque, New Mexico. Filem Jane juga akan menampilkan Ian Owens (Shrill), Kerri Medders ('SEAL Team', 'Alexa & Katie'), model Chloe Yu dan Nina Bloomgarden (Fatherhood).

Para penerbit filem ini termasuklah Debbie Liebling, Nick Phillips (Ketua Penerbitan Creator+), Adam Wescott (Ketua Studio Kandungan Creator+) dan seperti dinyatakan sebelum ini, Petsch.  

“Creator+ mahu membuka lembaran baru dalam proses penceritaan dan melihat proses itu dari mata golongan Generasi Z. Kami cukup teruja dapat bekerja bersama Madelaine kerana kami rasa beliau dengan sempurnanya telah menggabungkan dunia hiburan tradisional dan dunia dalam talian untuk menyampaikan cerita-ceritanya," kata Wescott. 

“Saya mahu mengucapkan tahniah kepada Madelaine, Adam dan Nick dari Creator+ serta seluruh tenaga kerja filem Jane. Saya yakin projek ini akan membuahkan kejayaan hebat dan saya tidak sabar untuk menonton filemnya nanti,” kata Datuk (Dr.) Vinod Sekhar, Pengerusi dan Ketua Eksekutif PETRA Group. Beliau juga salah seorang daripada ahli lembaga Creator+.

“Kami sangat percaya dengan misi dan visi Creator+ serta cukup bangga filem ini bakal menjayakan cita-cita kami untuk platform unik ini sambil menyorot sebuah topik yang sangat penting, iaitu kesihatan mental. 

“Semoga tidak lama lagi PETRA Studios di Kuala Lumpur dan PETRA Films di Hong Kong dapat bekerjasama dengan Creator+,” tambahnya. 

Awal tahun ini, Creator+ telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak AS$12 juta dan didahului oleh PETRA Group dari Malaysia. - Getaran, 29 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Teruk Dikecam, Netizen Masih Sokong Perniagaan Zul Yahya  

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Senarai 10 Selebriti Yang Sedang Mendahului Undian ABPBH-35

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Rangkuman 15 Kisah Hiburan Paling Hangat Sepanjang Tahun 2022

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Netizen Terkejut Dan Kecewa Seungri Akan Dibebaskan Dari Penjara Dua Bulan Dari Sekarang 

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 7 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN