web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


FINAS Ingatkan Syarikat Produksi Patuhi SOP Penggambaran Fasa Dua PPN

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2021 9:50PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semua syarikat produksi drama, iklan dan dokumentari yang layak membuat penggambaran luar studio di negeri berstatus Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) diingatkan untuk mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, syarikat produksi mestilah melaksanakan penggambaran luar yang terasing, terhad dan terkawal mengikut Protokol Gelembung Penggambaran (PREP) di negeri Fasa Dua PPN.

Beliau berkata, maklumat lanjut berkaitan garis panduan termasuk borang permohonan Surat Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas) boleh didapati dalam laman sesawang Finas mulai hari ini.

“Tatacara permohonan dan soalan-soalan lazim berkaitan aktiviti penggambaran filem dengan syarat yang diperketatkan pada Fasa Dua PPN ini, boleh melayari www.finas.my atau hubungi talian 03-41041300/1458/1360 (Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan) dan e-mel ke [email protected],” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Idham berkata, kelonggaran itu dalam usaha bersepadu kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Finas untuk memperkasakan aspek pengurusan, keselamatan, kesihatan dan pencegahan dalam aktiviti penggambaran bagi mengawal risiko jangkitan COVID-19.

Katanya, Finas turut merakamkan ucapan penghargaan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah yang mendukung pelbagai strategi dan inisiatif termasuklah polisi baharu aktiviti penggambaran secara lebih sistematik, terkawal dan diperketatkan dalam tempoh pelaksanaan PPN.

Pada 19 Julai lepas, kerajaan meluluskan kebenaran aktiviti penggambaran di luar studio dengan pematuhan SOP ketat pada Fasa Dua PPN. - Bernama. 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 6 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN