web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Asri: Pengerusi FINAS Masih Tidak Jawab Soalan Saya

Dakwaan ini dibangkitkan bukanlah kerana dia tidak boleh menerima hakikat bahawa karyanya tidak terpilih. Tetapi dia ingin mendapatkan penjelasan tentang keraguan terhadap proses pemilihan dana ini.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Jul 2021 9:09AM

Zakaria Abdul Hamid, Pengerusi FINAS dan Asri Alias, pengarah dan penulis skrip. Gambar Fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah, Asri Alias akui masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) mengenai isu pembahagian Dana Kandungan Digital (DKD) yang disifatkannya sebagai berat sebelah sepertimana yang telah dibangkitnya menerusi portal Getaran pada Jumaat lalu

Tegas Asri, kenyataan balas Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid itu dilihat seolah-olah ingin mencuci tangan dalam kontroversi tersebut dengan menuding jari kepada pihak pengurusan terlebih dahulu. 

“Pengerusi masih tidak menjawab soalan saya di mana terdapat conflict of interests berlaku dalam pemilihan itu. Ini kerana hasil semakan saya mendapati salah satu syarikat penerima dana itu dimiliki seseorang yang ada hubungan keluarga dengan ahli tertinggi FINAS terdahulu. 

“Ia bertentangan dengan prinsip penjawat awam kerana ia boleh mengundang konflik pilih kasih serta berlakunya pecah amanah yang boleh mencalar integriti penjawat awam.

“Saya mohon FINAS keluarkan penjelasan terperinci dalam setiap dana yang diluluskan. Syarikat mana yang terima dana itu? Apa tajuknya? Siapa penulis skrip? Siapa cadangan pengarahnya? Siapa penerbitnya? Dan paling penting berapakah nilai dana yang diperolehi?” soalnya yang juga merupakan seorang penulis skrip.

Menurutnya lagi, dakwaan ini dibangkitkan bukanlah kerana dia tidak boleh menerima hakikat bahawa karyanya tidak terpilih. Tetapi dia ingin mendapatkan penjelasan memandangkan ada perkara meragukan tentang proses pemilihan ini.

“Itu hak FINAS untuk meluluskan permohonan saya atau tidak. Sebelum ini kalau saya tak dapat pun, saya tak kisah. Cuma saya ingin mendapatkan keadilan dan kepastian pemilihan dana itu telus tanpa ada pilih bulu. 

“Seperkara lagi, pertanyaan saya, adakah beliau dan pihak panel baca naskah penuh yang saya hantar? Tiada apa-apa maklum balas saya terima. Proses pitching pun tidak dipanggil,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Asri telah memohon dana DKD namun usahanya gagal kerana dikatakan tidak mempunyai pengalaman dalam penghasilan filem. Walaupun ia bukanlah kriteria wajib bagi mengemukakan pemohonan. 

Dia juga mempersoalkan ketelusan pemilihan dana apabila terdapat syarikat yang memperoleh dana itu dimiliki oleh seseorang yang ada hubungan keluarga dengan ahli tertinggi FINAS.

Dana Kandungan Digital (DKD) merupakan bantuan berjumlah berjumlah RM46.99 juta yang merangkumi kategori Dana Filem Cereka, Dana Dokumentari, Dana Pemasaran serta Dana Program TV/OT. 

81 syarikat produksi telah disenaraikan sebagai penerima pada 29 Jun lalu. Sesi memaklumkan pemberian dana secara maya itu telah diumumkan sendiri, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah di hadapan wakil-wakil syarikat produksi terbabit beserta pihak media. - Getaran, 6 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 5 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN