web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Go Kyung Pyo, Yoo Ah In Antara Pelakon Filem Aksi Netflix terbaru!

Antara bintang lain yang akan turut menjayakan filem aksi berlatarkan tahun 1988 itu ialah Park Ju Hyun, Ong Seong Wu, Kim Sung Kyun, Jung Woong In dan Moon So Ri.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2021 8:50AM

Gambar: Netflix Malaysia

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bersedialah para peminat cerita Korea apabila laman penstriman Netflix telah mengumumkan senarai pelakon handalan yang bakal membarisi sebuah filem blockbuster aksi terbaharu mereka bertajuk Seoul Vibe.

Antara bintang yang akan menjayakan filem aksi berlatarkan tahun 1988 itu ialah Go Kyung Pyo, Park Ju Hyun, Yoo Ah In, Ong Seong Wu, Kim Sung Kyun, Jung Woong In dan Moon So Ri. 

Ia mengisahkan tentang sebuah geng yang ahlinya terdiri daripada sekumpulan pemandu yang berbakat dikenali sebagai ‘Samgyedong Supreme Team.’ Mereka kemudian terlibat dalam sebuah  penyiasatan mengenai penyelewengan dana pembukaan Sukan Olimpik Seoul 1988.

Maka, penonton boleh menjangkakan bahawa filem ini bakal meriah dengan babak rompakan dan kejar-mengejar antara penjahat. Pasti akan ada aksi lagak ngeri membabitkan kereta di jalan sekitar Seoul.

Pihak produksi hari ini mengumumkan filem berkenaan bakal menampilkan Yoo Ah In sebagai ketua kepada geng berkenaan. Ia dibantu oleh Go Kyung Pyo yang membawakan watak seorang lelaki sentimental. Kim Sung Kyun bakal tampil sebagai antagonis penggubal wang. 

Seoul Vibe bakal diarahkan oleh Moon Hyeon Seong yang sebelum ini pernah menghasilkan beberapa naskah hebat seperti filem As One dan The King’s Case Note.

Jalan cerita menarik dan pelakon mantap. Tak sabarnya menunggu tayangan filem ini nanti! - Getaran, 29 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN