web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Fauzi Dayus, Loser!”- Haeriyanto

Melakonkan watak lelaki dayus yang penuh dengan adegan pukul-memukul, Haeriyanto mengakui dia sangat berhati-hati kerana gusar ia menyakiti mana-mana rakan lakonannya.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2021 6:43PM

Gambar: Instagram @haeriyantohassan

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak tayangan drama ‘Derita Untuk Bahagia’ yang bermula awal bulan ini, watak Fauzi kaki pukul lakonan mantap Haeriyanto Hassan antara yang menyerlah dan mendapat perhatian ramai. 

Dalam drama yang bersiaran di Astro Prima itu, menerusi watak Fauzi, Haeriyanto cuba menggunakan imaginasinya untuk melahirkan watak seorang lelaki penagih dadah, kaki judi dan kaki pukul yang realistik hasil perbincangannya dengan pengarah. 

Gambar: Astro
Gambar: Astro

Melakonkan watak lelaki dayus yang penuh dengan adegan pukul-memukul, Haeriyanto mengakui dia sangat berhati-hati semasa melakonkan babak berkenaan kerana gusar ia menyakiti mana-mana rakan lakonannya.

“Saya tidak suka scene pukul isteri. Sebab saya ini lelaki, tangan kasar, kadang terkena, sakit juga. Kalau penonton perasan kalau adegan pukul isteri, tangan saya nampak lembut. Saya sengaja lembutkan, takut terkena betul-betul pada rakan lakon saya. Kalau kena mesti berbisa,” katanya.

Ditanya apakah reaksi yang bakal Haeriyanto lakukan jika berjumpa seorang Fauzi di luar sana, Haeriyanto berseloroh, “Kalau saya jumpa Fauzi, kalau saya tahu mangsa dia ahli keluarga saya, memang confirm kena sepak terajang dengan saya.” 

Mengakui karakter Fauzi sangat ironi dengan personaliti dirinya yang sebenar, Haeriyanto adalah seorang lelaki yang suka berdampingan dengan keluarga. Dia selesa duduk di rumah dan melakukan kerja-kerja seperti berkebun, memasak dan membaca. 

Dia juga sempat mengingatkan para suami untuk lebihkan masa melayan isteri mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini (PKP).

“Kalau sudah PKP, laki bini banyak tengok muka masing-masing, memang akan ada angin dia. Jadi bawalah keluar jalan-jalan dekat kawasan taman rumah, pusing-pusing taman,” tambahnya. 

Drama bersiri ‘Derita Untuk Bahagia’ ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di saluran Astro Prima (105). Pelakon lain yang turut terlibat dalam drama ini ialah Amar Baharin, Azar Azmi dan Hafreez Adam. - Getaran, 25 Jun 2021


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 4 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN