web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Filem Pengarah Malaysia Catat Tangga Pertama Carta Filem China!

Filem yang dibarisi pelakon hebat seperti Yanhui Wang, Youhau Zhangt dan Beibi Gong ini mengisahkan tentang seorang anak muda yang mahu menjadi seorang pelari maraton.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2021 8:57AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah filem Chie Keng Guan yang terkenal dengan naskah Ola Bola mencipta sejarah apabila filem terbaharunya, On Your Mark berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM8.7 juta pada hari pertama ditayangkan sekali gus menempatkan filem tersebut di tangga pertama carta filem terkini di China.

On Your Mark mula ditayangkan bermula 18 Jun lalu di lebih 9 ribu pawagam di China, ia telah mencatatkan kutipan hampir RM24 juta setakat semalam. 

Filem yang dibarisi pelakon hebat negara China seperti Yanhui Wang, Youhau Zhangt dan Beibi Gong ini mengisahkan tentang seorang anak muda yang bercita-cita mahu menjadi seorang pelari maraton seperti ibunya. 

Namun, impian itu dihalang oleh ayahnya kerana tidak mahu anaknya kecewa memandangkan dia mewarisi sindrom buta seperti ibunya yang sudah meninggal dunia. Namun, dalam diam dia berlatih tanpa pengetahuan ayahnya.

Seperti filemnya sebelum ini, Keng Guan terkenal sebagai seorang pengarah yang menerapkan unsur budaya, perpaduan, kekeluargaan, persahabatan, dan patriotisme dalam karyanya.

Lihat sahajalah bagaimana beliau menghasilkan filem terlarisnya sebelum ini iaitu Ola Bola yang tersenarai dalam Top 15 kutipan tertinggi dalam sejarah Malaysia. 

Rencah inilah yang digunakan beliau dalam menghasilkan On Your Mark.

Beliau secara tidak langsung membuktikan bahawa seorang pengarah harus bijak membaca personaliti dan bakat seseorang pelakon tanpa memikirkan populariti mereka sehingga berjaya mengetengahkan lakonan yang dekat di hati penonton.

Selepas kejayaan pembukaan filem ini di China, Keng Guan berharap ia bakal menerima respons sedemikian baik apabila filem ini menjengah ke pawagam Malaysia tidak lama lagi. - Getaran, 22 Jun 2021

Gambar: Ihsan Astro Shaw

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN