web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bebas Daripada Thor, Apa Muslihat Terbaharu Loki?

Tampil bersama beberapa watak baharu, siri terkini Marvel Cinematic Universe (MCU) ini telah berjaya menggegarkan Disney+ Hotstar dan menjadi buah mulut para peminat sedunia.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berita mengenai drama bersiri ‘Loki’ telah diumumkan buat kali pertama di San Diego Comic Con pada tahun 2019. Namun setelah sekian lama menunggu, drama ini akhirnya tampil di kaca televisyen secara khusus di saluran Disney+ Hotstar.

Kisah ini kembali menampilkan Tom Hiddleston, sebagai Loki, God of Mischief. Hiddleston telah memegang watak tersebut sejak filem Thor yang pertama pada tahun 2010.

Drama bersiri enam episod ini menyusul peristiwa filem Avengers: Endgame dan menjawab kehilangan misteri Loki. Ia mengikut pengembaraan Loki setelah dia melarikan diri daripada tahanan oleh kumpulan Avengers dan mencuri batu waktu yang dikenali sebagai Tesseract. 

Penggambaran awal siri ini menunjukkan perjalanan waktu dan rancangan asal Loki terhadap batu tersebut yang pada mulanya dianggap menjadi plot utama siri ini. 

Namun, Presiden Marvel Studios, Kevin Feige menjelaskan, “Siri ini boleh dikatakan lebih kepada thriller criminal. Sepanjang siri ini berlangsung kita bakal melihat pelbagai kelakuan Loki.

“Salah satunya, dia mula tertarik dalam membantu menyelesaikan kes jenayah serius di alam semesta. Walaupun kami telah menghasilkan jalan cerita yang baharu, peristiwa-peristiwa penting daripada semua filem Marvel mungkin berulang kembali dalam siri ini.”

Apa yang menarik lagi, ia turut menghadirkan sejumlah watak baru untuk ikut bergabung dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Ini termasuklah Owen Wilson yang memegang watak Mobius M. Mobius, seorang ejen penjaga waktu dan Gugu Mbhata-Raw yang memegang watak Ravonna Renslayer, seorang hakim di Organisasi Time Variance Authority (TVA).

Owen juga sempat berkongsi bahawa dia belum menonton semua filem Marvel dan bergantung khusus pada ‘Loki Lectures’ yang diadakan oleh Tom untuk membantunya lebih memahami wataknya.

Mungkin ramai tertanya-tanya, siapakah Organisasi TVA ini?

Mereka adalah organisasi yang menyimpan peristiwa dari semua alam semesta mengikut urutan masa yang tepat. Oleh sebab Loki telah menyalah guna perjalanan waktu, dia ditangkap dan dilucutkan kuasa serta kekuatannya.

Setelah menyedari kekuatan yang dimiliki oleh Loki, Ejen Mobius M. Mobius meminta bantuan daripadanya untuk mencari penjenayah yang telah mengganggu garis masa.

Untuk pengetahuan pembaca, selain daripada siri ‘WandaVision’ dan filem Spiderman: No Way Home, siri ‘Loki’  juga ada hubung kaitnya dengan sekuel filem Doctor Strange.

Lalu, jika semua cerita ini berkait rapat, mengapa siri ini menunjukkan jalan cerita yang baharu dan berbeza? Bagi menjawab persoalan dan rasa ingin tahu itu, anda perlulah menonton drama bersiri ‘Loki’ ini di saluran Disney+ Hotstar. – Getaran, 15 Jun 2021

Semua gambar: Marvel Studios

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Dulu Mak Larang, Sekarang Bebas Tonton 4 Animasi Ini!

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Teruk Dikecam, Netizen Masih Sokong Perniagaan Zul Yahya  

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Senarai 10 Selebriti Yang Sedang Mendahului Undian ABPBH-35

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 3 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN