web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cabaran PKP, Penggambaran ‘Derita Untuk Bahagia’ Pernah Tangguh Dua Kali

Penangguhan ini membuatkan pihak produksi harus menyusun kembali strategi memandangkan terdapat pertukaran di saat akhir serta kehilangan lokasi.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2021 1:40PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak mudah menjalankan penggambaran sepanjang pandemik ini. Produksi dan pelakon drama ‘Derita Untuk Bahagia’ turut mengakui berdepan dengan cabaran  apabila sesi penggambaran pernah ditangguhkan sebanyak dua kali.

Keputusan menangguhkan penggambaran buat kali pertama dilakukan memandangkan pelakon Azar Azmi yang menyandang watak Alisha pernah bekerjasama dengan Naim Daniel dalam satu program hiburan. Naim yang pada waktu itu merupakan kontak rapat kepada pesakit COVID-19 iaitu Alif Satar.

“Kita tak minta ia terjadi. Saya ada juga bertanya kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Walaupun keputusan ujian calitan saya negatif namun saya perlu berjaga-jaga kerana saya boleh berstatus sebagai pembawa.

“Saya kemudian hubungi pihak produksi. Sebagai langkah keselamatan, kami tangguhkan penggambaran selama dua minggu,” ceritanya. 

Manakala penggambaran kali kedua pula ditangguhkan lebih lama iaitu sebulan sebagai mematuhi arahan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) memandangkan kes jangkitan mengalami peningkatan.

Penangguhan ini membuatkan pihak produksi harus menyusun kembali strategi memandangkan terdapat pertukaran di saat akhir serta kehilangan lokasi. 

Hafreez Adam yang menyandang watak utama sebagai Rais juga mengakui memerlukan sedikit masa untuk kembali menjiwai karakter selepas sebulan penggambaran drama ditangguhkan.

“Nak dapatkan keserasian bersama-sama pelakon itu tak menjadi masalah. Cuma, saya berdepan dengan cabaran untuk menjiwai semula karakter. Masing-masing pun agak blur sekejap waktu mula-mula masuk set lakonan,” ceritanya. 

Walaupun ada ketikanya sesi penggambaran memakan masa sehingga subuh, namun masing-masing memberikan kerjasama yang baik dan komitmen yang bersungguh-sungguh untuk memastikan sesi penggambaran dapat dihabiskan dalam tempoh masa yang ditetapkan. 

Drama ‘Derita Untuk Bahagia’ yang bersiaran 30 episod ini membawa tema cinta dan kekeluargaan dari latar masa yang berbeza.

Anda boleh menyaksikan drama ini di slot Tiara saluran Astro Prima (105) setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang. Antara pelakon yang turut sama menjayakan drama ini ialah Dian P. Ramlee, Amar Bahrin, Dayang Areeda dan Zarina Zainuddin. - Getaran, 10 Jun 2021


Semua gambar: Ihsan produksi 'Derita Untuk Bahagia'

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 3 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN