web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Teaser Pertama Filem F1 Buatkan Peminat Tidak Sabar Tunggu Tarikh Tayangan

Filem daripada Apple Original Films ini dibintangi oleh Brad Pitt, dengan penampilan istimewa barisan pemandu profesional sukan lasak ini.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2024 8:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Formula 1 dan Apple Original Films baru-baru ini telah melancarkan teaser pertama filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat sukan, Formula 1. Kemunculan klip video berdurasi kurang dari dua minit itu memberi gambaran yang dipacu adrenalin tentang aksi yang akan datang.

Filem Perlumbaan Formula 1 ini diarahkan oleh Joseph Kosinski dan diterbitkan oleh penerbit filem ‘Top Gun: Maverick’, Jerry Bruckheimer.

Brad Pitt adalah bintang utama di mana dia beraksi sebagai bekas pemandu F1, Sonny Hayes, yang kembali ke sukan itu untuk bergandingan dengan rakan sepasukan, Joshua Pearce (Damson Idris), di pasukan APXGP.

Filem ini turut menampilkan aksi pemandu-pemandu profesional seperti Esteban Ocon, Carlos Sainz dan ramai lagi di beberapa litar ketika perlumbaan sebenar berlangsung, seperti British Grand Prix dan The Rolex 24 At Daytona pada Januari lalu.

F1 akan diedarkan di pawagam dalam format IMAX oleh Warner Bros. Tayangan di peringkat antarabangsa bermula pada 25 Jun 2025, dan di Amerika Utara pada 27 Jun 2025.

Joms saksikan teaser berikut dan sama-sama kita nantikan kemunculan filem ini di pawagam berhampiran. – Getaran, 10 Julai, 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Brad Pitt Tampil Di Grand Prix Britain Dengan Sut Lumba

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Russell Menang Perlumbaan F1 Pertamanya di GP Sao Paulo

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Ferrari Schumacher Dijual Pada Harga AS$14.8 Juta Di Geneva

4

Jelajah 4 tahun yang lalu

#AbuDhabiGP2022 Bakal Berlangsung Meriah Di Pulau Yas, UAE

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM