web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


#AbuDhabiGP2022 Bakal Berlangsung Meriah Di Pulau Yas, UAE

Tiket sudah mula dijual dengan acara penutup dipersembahkan oleh Swedish House Mafia.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2022 9:00AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pulau Yas, pulau pelancongan terkenal Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan menjadi tuan rumah Abu Dhabi Grand Prix 2022 (#AbuDhabiGP2022) untuk pusingan akhir musim Formula 1 2022.

Dengan musim perlumbaan yang semakin hangat, tiket sudahpun mula dibuka untuk jualan. Harga tiket bermula dari RM345 berserta diskaun sebanyak 30% untuk pembelian awal.

Perlumbaan ini bakal berlangsung pada 17 hingga 20 November 2022 di Litar Yas Marina. Ia bakal dipenuhi dengan hiburan dan aksi perlumbaan yang menggemparkan selama empat hari.

Tahun lalu, sukan eksklusif ini melakar sejarah apabila mencatatkan rekod tontonan tertinggi dengan 108 juta penonton mengikuti sesi perlumbaan akhir di litar antarabangsa unik ini.

Gambar: Swedish House Mafia
Gambar: Swedish House Mafia

Selain hiburan tanpa henti selama empat hari, para pengunjung juga berpeluang melakukan pengembaraan di Pulau Yas yang menawarkan pelbagai aktiviti percutian yang menyeronokkan.

Istimewanya tahun ini, acara penutup rasmi iaitu Konsert Yasalam bakal menyaksikan persembahan oleh Swedish House Mafia. 

Selain lagu-lagu hit, kumpulan EDM terkenal ini bakal mempersembahkan lagu-lagu baharu dari album terbaharu mereka, ‘Paradise Again’.

Kemasukan ke konsert hanya sah untuk pemegang tiket #AbuDhabiGP2022 sahaja. Mereka yang membeli awal turut berpeluang membeli tiket barisan hadapan secara eksklusif di Etihad Park.

Di samping menawarkan pengalaman tiada tandingan sepanjang festival, terdapat juga pelbagai pilihan tiket #AbuDhabiGP2022.

Pengunjung boleh membeli tiket kombo tiga hari yang memberi akses kepada pelbagai astaka dan tempat duduk berbumbung yang berbeza di sepanjang trek.

Mereka juga boleh memilih tempat duduk mereka secara dalam talian. Ia memberikan pemandangan maya yang bakal dilihat dari tempat duduk sebelum pengunjung membeli tiket.

Pengunjung yang ingin menikmati pengalaman terbaik acara sukan dan hiburan terkemuka ini boleh menaik taraf tiket perdana yang lengkap dengan astaka mewah, makanan dan minuman.

Layari #AbuDhabiGP2022 untuk membeli tiket dan maklumat lanjut. - Getaran, 14 April 2022

Gambar: Abu Dhabi Motorsports Management

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Jelajah 3 minggu yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

3

Jelajah 3 minggu yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

4

Jelajah 3 minggu yang lalu

BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan