web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Brad Pitt Tampil Di Grand Prix Britain Dengan Sut Lumba

Pitt menunjukkan kemahirannya berlumba dengan jentera Formula Dua selama dua bulan - pertama di Litar Paul Ricard di Perancis dan kemudian di Silverstone.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2023 3:00PM

Brad Pitt mengejutkan dunia sukan permotoran apabila dirakam memakai sut lengkap pelumba di Litar Silverstone pada Ahad menjelang Grand Prix Britain - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SILVERSTONE (England) - Pelakon Brad Pitt mengejutkan dunia sukan permotoran apabila dirakam memakai sut lengkap pelumba di Litar Silverstone pada Ahad menjelang Grand Prix Britain, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Bintang Hollywood dan seorang lagi pelakon filem itu, Damson Idris mengenakan sut perlumbaan putih dan hitam untuk mewakili pasukan fiksyen APXGP ketika mereka beramah mesra dengan pemandu F1 sebenar di grid litar di Northamptonshire untuk penggambaran filem dokumentari terbaharunya Formula 1 yang akan datang.

Juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton bertindak sebagai penerbit bersama filem Apple yang belum diberikan tajuk dan dihasilkan dengan kerjasama F1, menyediakan projek itu akses khas kepada trek perlumbaan dan pemandu.

Selepas turun ke trek di Silverstone, Pitt bercakap dengan penyampai Sky Sports dan bekas pemandu F1 Martin Brundle tentang pengalaman itu.

Pelakon berusia 59 tahun itu berkata: "Saya agak pening sekarang, saya perlu katakan."

"Agak baik berada di sini. Kami hanya bergelak ketawa, masa hidup saya."

Mengulas lanjut mengenai filem terbaharunya dalam temu bual itu, Pitt menjelaskan bahawa wataknya adalah pemandu F1 pada 1990-an tetapi berpindah ke perlumbaan dalam disiplin lain selepas terbabit nahas mengerikan.

Pitt berkata filem itu "sepatutnya tulen seperti yang kita boleh bayangkan" kerana mereka telah menggunakan khimat pakar F1 yang telah "mengendalikan perlumbaan seperti yang sebenar".

Pitt menunjukkan kemahirannya berlumba dengan jentera Formula Dua selama dua bulan - pertama di Litar Paul Ricard di Perancis dan kemudian di Silverstone.

Pengarah ‘Top Gun: Maverick’ Joseph Kosinski akan mengarahkan filem itu dan Hamilton akan menerbitkannya bersama Plan B Entertainment dan Jerry Bruckheimer Films. - Bernama-dpa

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Teaser Pertama Filem F1 Buatkan Peminat Tidak Sabar Tunggu Tarikh Tayangan

2

Sukan 4 tahun yang lalu

Apabila Si Cilik Gegarkan Litar Lumba

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 20 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN