web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Saya Selalu Tinggalkan Otak Dekat Rumah,” Shaheizy Sam, Bront, Bikin Gamat!

'Zombitopia' antara karya anak tempatan terawal tersenarai dalam perkhidmatan penstriman langganan video Disney+ Hotstar bermula hari ini.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2021 3:30PM

Gambar: Instagram @disneyplushotstarmy

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Kalau zombie tiba-tiba menyerang dunia. Antara Bront dan Shaheizy Sam, siapa yang akan jadi hero?” tanya pengacara Nazrudin Rahman.

“Oh sudah tentu saya. Saya lagi tinggi. Saya lari lagi laju. Kaki saya panjang. Sudah tentu sayalah hero,” celah Bront Palarae.

“Eh tak tak. Sayalah hero. Zombi tak akan makan saya. Sebab saya selalu tinggalkan otak dekat rumah,” seloroh Shaheizy Sam sekali gus memecah ketawa ketiga-tiga mereka sewaktu berbual mengenai filem Zombitopia yang menjadi karya anak tempatan terawal tersenarai dalam perkhidmatan penstriman langganan video Disney+ Hotstar bermula hari ini. 

Semasa sidang media secara maya yang diadakan Disney baru-baru ini, masing-masing berkongsi perasaan teruja dan berbangga apabila filem lakonan mereka diangkat sebaris dengan filem-filem blockbuster antarabangsa yang lain.

“Saya berasa bersemangat dan bertuah kerana boleh bekerja dengan pelakon hebat dalam filem ini,” akui Shaheizy Sam yang merupakan pelakon utama membawakan watak seorang yatim piatu bernama Zidik.

Zombitopia arahan Woo Ming Jin merupakan filem aksi yang membawa penonton merasai pengalaman sekiranya dunia ini dipenuhi dengan zombi. Ceritanya bermula pada 15 tahun yang lalu apabila sebuah virus telah menjangkiti manusia sehingga menukarkan mereka menjadi makhluk ganas.

Namun, selepas bertahun-tahun virus itu reda. Muncul pula gelombang kedua yang lebih membikin huru-hara. Turut terlibat menjayakan filem aksi fiksyen ini ialah Elvina Mohamad, Azman Hassan dan Sharifah Amani. 

Selain Zombitopia, antara filem terbaru anak tempatan yang tersenarai dalam platform berkenaan ialah J2: J Retribusi, Ada Hantu dan Ejen Ali The Movie 2. Turut sebaris dengan karya seni antarabangsa ialah drama dari TV3 iaitu 'Single Terlalu Lama', 'Kekasih Hati Mr. Bodyguard', 'Wifi Sebelah Rumah' dan 'Semanis Senyumanmu.'

Dengan hanya RM 54.90 untuk tiga bulan, pelanggan Disney+Hotstar berpeluang menikmati 800 filem terbaik dan 18 ribu drama terbaik dari seluruh dunia. Disney+Hotstar boleh dilanggan menerusi Astro atau menerusi aplikasi Disney+Hotstar. - Getaran, 1 Jun 2021




 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 2 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...