web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tangguh Penggambaran Patuhi ‘Lockdown’, Akui Segelintir Orang Industri Langgar SOP

Ditanya adakah FINAS bakal mengeluarkan dana khusus untuk membantu pemain industri yang terjejas? Eizlan menyatakan untuk tempoh ‘lockdown’ 14 hari ini, masih belum ada apa-apa berita mengenai hal itu diputuskan.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2021 8:40AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengerusi Skim Wajib Tayang, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Seri Eizlan Yusof merasakan setiap pemain industri perlulah berlapang dada dan akur dengan arahan lockdown yang dikeluarkan kerajaan memandangkan kes jangkitan COVID-19  telah mencatatkan angka yang membimbangkan.

“Dalam tempoh yang mencabar ini, semua industri terjejas. Bukan hanya industri hiburan sahaja yang terkesan. Kita kena terima hakikat bahawa kealpaan dan kegagalan kita untuk mematuhi SOP telah menyumbang kepada peningkatan kes.

“Sebelum ini kes tak tinggi, sebab itu banyak kelonggaran diberikan FINAS. Jadi semua orang senang nak buat kerja. Namun terdapat segelintir orang industri kita yang ambil mudah isu SOP sehingga menyebabkan ada beberapa kes positif COVID dalam kalangan orang industri dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Getaran baru-baru ini.

Namun begitu, arahan lockdown yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) selama 14 hari ini sudah tentu menimbulkan rasa gusar segelintir pihak khususnya kepada kru belakang tabir yang bekerja secara kontrak. 

“Kebanyakan kita masih lagi terlibat dengan penggambaran. Semua orang ingin bekerja, apa lagi untuk pekerja kontrak yang gajinya dibayar ikut hari. Jika mereka tidak bekerja pada hari itu, maka tiadalah pendapatan. Walau bagaimanapun, untuk tempoh 14 hari ini, kita semua kena berlapang dada. 

“Jika kerajaan izinkan untuk lakukan penggambaran sekalipun, kebanyakan lokasi juga ditutup buat masa ini. Beberapa premis juga tidak diizinkan buka. Jadi, lebih baik kita bergabung pendapat dan tenaga untuk akur dengan keputusan ini,” tambahnya lagi. 

Ditanya adakah FINAS bakal mengeluarkan dana khusus untuk membantu pemain industri yang terjejas, Eizlan menyatakan untuk tempoh lockdown 14 hari ini, masih belum ada apa-apa berita mengenai hal itu diputuskan. 

“Namun, jika lockdown ini berlarutan. Sudah pasti akan ada bantuan yang bakal diusahakan kerajaan untuk membantu pemain industri,” katanya. - Getaran, 1 Jun 2021



 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 2 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...