web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘All Together Now Malaysia’ Bakal Cipta Sejarah Baharu Hiburan Malaysia

Malaysia jadi yang pertama di Asia Tenggara untuk menyiarkan adaptasi program tersohor dari UK, ‘All Together Now.’

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2021 8:40AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah lama menyepi daripada sebarang penganjuran pertandingan nyanyian yang membabitkan penyertaan amatur, kini saluran Astro Ria mengubati kerinduan para penonton dengan program ‘All Together Now Malaysia’ (ATNMY) yang bakal mencipta sejarah dalam industri hiburan tempatan. 

Mungkin ramai yang belum tahu, program realiti ini berkonsepkan pertandingan nyanyian yang diadaptasi daripada rancangan berjudul ‘All Together Now’ terbitan BBC One, United Kingdom yang telah mencetuskan fenomena luar biasa. 

Malaysia merupakan negara ke-17 di dunia dan yang pertama di Asia Tenggara menerbitkan program ini dalam versi tempatan. 

Apa yang menarik tentang ATNMY berbanding dengan pertandingan nyanyian yang lain, penyertaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa sebarang had umur. Para peserta juga bebas memilih jenis bahasa yang digunakan dalam lagu persembahan mereka. 


 

Menurut Emarina Mohd Kamal, Pengurus Saluran Astro Ria, “Selama ini kita selalu mengetengahkan artis-artis yang sedia ada untuk bertanding dan sudah lama tidak menampilkan bakat-bakat yang lain. 

"Kita dah ada banyak pertandingan nyanyian seperti ‘Big Stage’, ‘Gegar Vaganza’ dan sebagainya. 

Jadi, program ini sangat sesuai untuk mencari bakat-bakat baharu dan menunjukkan bahawa terdapat ramai lagi individu berbakat yang belum diketengahkan dalam industri muzik.

“Antara format unik tentang program ini adalah jika peserta dapat menjuarai setiap pusingan di setiap episod, mereka bakal terus mara ke pusingan akhir dan berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM50,000.”

Bukan itu sahaja, bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP), ATNMY juga melakukan sedikit perubahan pada  jumlah juri yang terlibat. 

Di luar negara mereka mengumpulkan 100 orang juri, namun di Malaysia program ini hanya menampilkan 50 orang juri yang bakal diketuai oleh selebriti popular Dato’ AC Mizal selaku ‘Kapten Juri’. 

Kesemua 50 juri ini telah dilantik daripada barisan penggiat seni tersohor tanah air dan merangkumi pelbagai cabang seni yang berbeza seperti penyanyi, pelakon, pelawak, penyampai radio, pengacara dan sebagainya.

“Tugas kami adalah untuk menyambut peserta ke dalam dunia hiburan. 

“Komen-komen yang diberikan adalah bertujuan untuk mengajar mereka melalui pengalaman kami sebagai artis dan tidak langsung mengata atau mengutuk mereka. 

“Bila kita memberi komen positif, ia tidak akan mematah cita-cita mereka malah ia akan lebih  menambahbaik penguasaan teknik vokal mereka,” ujar Dato’ AC Mizal.

Selain itu, Penyanyi, Erra Fazira yang juga merupakan salah seorang juri ATNMY turut mengaku sangat teruja menyertai program ini.

“Bukan sahaja saya dapat berkumpul dengan rakan artis, tetapi saya juga dapat melihat bakat-bakat baharu yang belum menampilkan diri dan bakat mereka kepada umum.

“Saya sangat bangga melihat semua peserta membuat persembahan dengan baik di hadapan 50 orang juri. Yalah, kita pun kadang-kadang berasa gugup menyanyi di hadapan tiga atau empat orang juri. Ini pula harus menyanyi depan 50 juri,” katanya.

Bagi memeriahkan lagi suasana, Sherry Alhadad turut terlibat dan berperanan sebagai hos bagi mengendalikan program ini yang bakal bersiaran selama 10 minggu. 

Walaupun ATNMY masih mengekalkan format asal program tersebut, namun terdapat pengisian elemen tempatan yang turut disuntik agar ia bersesuaian dengan resam norma baharu, budaya dan sensitiviti rakyat Malaysia. 

Kepada sesiapa yang berminat, anda boleh menonton ATNMY setiap hari Ahad bermula 6 Jun 2021 di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD. – Getaran, 1 Jun 2021


Semua gambar: Astro Ria

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 2 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN