Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Filem Hollywood Paling Dinantikan di 2024

2024 dijangka menjadi tahun yang menarik untuk filem-filem pecah panggung gara-gara berlakunya mogok dalam kalangan pemain industri di Hollywood pada tahun lalu.

Filem & TV Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2024 8:31AM

Biopik mengenai Bob Marley antara filem wajar diberi perhatian pada 2024 ini.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peminat dunia perfileman pasti mempunyai seleksi filem yang ditunggu-tunggu untuk tahun 2024 ini. Lebih-lebih lagi jika aktres dan aktor kesayangan diberitakan akan muncul dengan karya terbaharu.

Sejak tahun lalu, 2024 dijangka menjadi tahun yang menarik untuk filem-filem pecah panggung gara-gara berlakunya mogok dalam kalangan pemain industri di Hollywood kerana tidak berpuas hati dengan upah yang diterima.

Situasi itu menyebabkan pelancaran sesetengah filem yang dijadualkan tahun lalu ditunda ke 2024, dan ada juga yang dibawa ke tahun hadapan.

Paling mengcewakan apabila Mission: Impossible - Dead Reckoning Part Two ditangguhkan ke 2025.

Berikut adalah lima filem yang paling ditunggu-tunggu untuk tahun ini.

1. Venom 3

Filem aksi yang menyaksikan makhluk asing ‘menjajah’ badan manusia ini akan kembali menemui  penonton pada November hadapan. Tom Hardy masih menggalas tanggungjawab sebagai Eddie Brock, seorang jejaka yang hidupnya menjadi huru-hara setelah didekati oleh mahkluk tidak diundang.

Pada awalnya jadual tayangan Venom 3 kepada umum ditetapkan pada Julai 2024, tapi pihak produksi menundanya ke 8 November gara-gara mogok yang berlaku.

Selain Tom Hardy, lain-lain pelakon yang turut membintanginya belum disahkan, walaupun ada kemungkinan Stephen Graham akan kembali sebagai Detektif Patrick Mulligan, berdasarkan nasibnya dalam filem sebelumnya, serta Michelle Williams sebagai She-Venom.

2. Bob Marley : One Love

Bob Marley: One Love ialah sebuah filem muzikal biografi yang diarahkan oleh Reinaldo Marcus Green dan ditulis oleh Green, Terence Winter, Frank E. Flowers, dan Zach Baylin, yang ceritanya disampaikan oleh Winter and Flowers.

Ia berdasarkan kehidupan penyanyi reggae dan penulis lagu Bob Marley, bermula daripada zaman kegemilangannya sehinggalah kematiannya pada awal 1980-an. Filem ini dibintangi oleh Kingsley Ben-Adir sebagai Marley, bersama Lashana Lynch sebagai Rita Marley, dan James Norton sebagai Chris Blackwell.

Bob Marley: One Love dijadualkan menemui penonton pada 14 Februari 2024, dan ia filem dihasilkan Paramount Pictures.

3. Godzilla x Kong: The New Empire

Filem ini dibintangi oleh Rebecca Hall, Brian Tyree Henry, Dan Stevens, Kaylee Hottle, Alex Ferns, dan Fala Chen.

Hall, Henry dan Hottle menjayakan watak mereka dari filem sebelumnya. Kali ini, Godzilla dan Kong mesti bekerjasama bagi menentang ancaman yang belum pernah mengancam bumi.

Filem ini dihasilkan selepas filem Godzilla vs. Kong berjaya pecah panggung dan penstriman secara dalam talian semasa pandemik COVID-19 mendapat maklum balas yang cukup memberangsangkan.

Pengumuman mengenai sekuelnya dibuat pada Mac 2022 manakalan penggambaran bermula pada Julai 2022 di Gold Coast, Queensland, dan selesai pada November 2022. Godzilla x Kong: The New Empire dijadualkan ditayangkan pada Mac 2024.

4. Back to Black

Marisa Abela memegang watak Amy Winehouse dalam filem baharu Sam Taylor-Johnson. Filem biopik ini mengguna pakai tajuk yang sama dengan album legenda penyanyi British itu, berjudul ‘Back to Black’.

Amy Winehouse meninggal dunia pada 2011 dan kematiannya dianggap satu kehilangan besar dalam industri muzik. Dengan suara emasnya yang luar biasa, bakatnya yang tidak dapat dinafikan. Antara lagunya hitsnya yang popular di seluruh dunia ialah Rehab, You Know I'm No Good, Back to Black, Love Is a Losing Game, dan Tears Dry on Their Own

Selain Marisa Abela, Back to Black juga menampilkan pelakon Jack O'Connell  sebagai Blake Fielder-Civil, iaitu bekas suami Amy, dan Eddie Marsan yang dipilih untuk peranan Mitch Winehouse, bapa penyanyi itu.

5. Kingdom of the Planet of the Apes

Berlatarkan 300 tahun selepas trilogi filem Apes yang dibintangi Andy Serkis, filem baharu daripada pengarah Wes Bal ini dibintangi oleh Owen Teague, Freya Allan, Peter Macon, Eka Darville, Kevin Durand, William H. Macy dan Dichen Lachman.

Seperti filem klasiknya, Planet of the Apes pada tahun 1968, filem ini juga mengisahkan tentang beruk yang telah mengambil alih bumi dan manusia ditundukkan.

Kebanyakan skrip ditulis ketika pandemik COVID-19 pada tahun 2020, dengan pencarian pelakon bermula pada Jun 2022.

Teague telah melakukan ujibakat sebagai watak utama pada bulan Ogos, dengan tajuk filem dan pelakon tambahan didedahkan pada bulan-bulan berikutnya. Penggambaran  bermula pada Oktober 2022 di Sydney dan disudahi pada Februari 2023. – Getaran, 15 Januari 2024

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Selebriti 9 jam yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 12 jam yang lalu

Ernie Zakri Tak Sangka Lagu 'Masing Masing' Kembali Meledak Selepas Dinyanyikan Bella, Adira

Lagu Masing Masing nyanyian asal Ernie Zakri kembali menjadi perhatian ramai selepas dinyanyikan semula oleh Bella Astillah dan Adira Suhaimi 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

"Awak Ada Nombor Saya": Muaz Minta Aliff Untuk Jadi 'Gentleman'

Menurut Muaz, beliau dan Aliff sudah ada perjanjian untuk tidak bercerita tentang isu curang ini kepada umum.

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Faham Kenapa Marissa Seorang Yang Disalahkan, Dulu Saya Tak Pernah Salahkan Memey’ - Abby Abadi

oleh Helmi Anuar