web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Filem Malaysia Diiktiraf Di Peringkat Global

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2023 11:38AM

gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Filem sulung arahan penerbit dan pengarah rakyat Malaysia, Jin Ong berjudul 'Abang Adik', yang mengisahkan pahit manis hubungan erat dua anak yatim yang tiada pertalian darah, telah menarik perhatian komuniti penerbit filem global.

'Abang Adik' mula menarik perhatian pada Mac tahun ini apabila mendominasi enam kategori di Festival Filem Antarabangsa Fribourg di Switzerland, termasuk dalam kategori hadiah utama, kategori hadiah juri khas, hadiah juri belia, dan kategori hadiah kritik. Filem ini memenangi Anugerah Juri Ekumenikal dan Anugerah Penonton.

Filem ini, yang juga usaha kerjasama antara Malaysia dan Singapura, terus meraih anugerah sejak itu termasuk di Festival Filem Asia Timur ke-25 di Udine, Itali; Festival Filem Asia New York ke-22, Festival Filem Seratus Bunga Emas di China dan Festival Filem Antarabangsa QCinema - The Next Asian Wave di Filipina.

Selain itu, ia turut mendapat pengiktirafan di Anugerah Golden Horse yang prestij ke-60 di Taipei apabila dicalonkan dalam tujuh kategori, iaitu Pelakon Terbaik (dimenangi oleh pelakon Taiwan Wu Kang Ren), Pelakon Pembantu Terbaik, Pengarah Baru Terbaik, Pelakon Baru Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lagu Filem Asli Terbaik, dan Solekan dan Reka Busana Terbaik.

Baru-baru ini, 'Abang Adik' mencatat sejarah di Taiwan apabila mencipta rekod pecah panggung dengan kutipan RM2.2 juta selepas hanya tiga hari ditayangkan.

Semasa sidang media selepas tayangan media 'Abang Adik' di sini semalam, Jin berkata, filem ini menonjolkan hubungan kemanusiaan dan kasih sayang antara satu sama lain di tengah-tengah kesibukan kawasan Pudu yang berjaya membangkitkan pelbagai emosi.

Menurut Jin, filem ini juga menangani isu penduduk tanpa kewarganegaraan.

Bangga dengan kejayaan pembikinan filem Malaysia itu, Jin berkata, beliau berhasrat untuk mengetengahkan karya filem-filem tempatan ke persada antarabangsa.

Sementara itu, penerbit 'Abang Adik' yang juga penyanyi dan pelakon Lee Sinje berkata, Malaysia mempunyai banyak kisah unik yang tidak terdapat di mana-mana tempat di dunia. 

Seperti Jin, beliau juga bercita-cita untuk mempromosikan filem-filem tempatan kepada peminat filem global, supaya mereka lebih memahami mengenai Malaysia.

Filem ini mengisahkan kehidupan Abang (Wu Kang Ren), yang pekak dan bisu, dan Adi (Jack Tan). Mereka dibesarkan tanpa keluarga di bawah jagaan jiran mereka, Kakak Money (Tan Kim Wang), yang menjadikan mereka sebagai anak kandung bagi memastikan kelangsungan kehidupan dua anak yatim ini.

'Abang Adik' dijadualkan akan ditayangkan di pawagam pada 14 Disember. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN