web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nas-T Dipilih Pegang Watak Utama Keluang Man

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2023 4:01PM

gambar Instagram astroshaw

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelakon aksi Nas Muammar Zar Nasruddin atau Nas-T dipilih untuk menerajui watak adi wira ikonik Malaysia, Keluang Man. 

Pengarah dan Penulis Skrip filem Keluang Man, Anwari Ashraf berkata, Nas-T dipilih daripada lebih 300 calon atas faktor kemampuannya menterjemah gaya lakonan seperti dikehendaki watak berkenaan.

“...dalam proses (uji bakat), semasa peringkat akhir, semua calon ada sesi perundingan bersemuka dengan saya. Kita cuba jenis lakonan yang saya perlukan untuk watak Borhan (Keluang Man).

“...apabila dengan Nas-T, dia langsung tak ambil masa lama. Di situ saya tahu, saya tak ada pilihan lain selain kena ambil Nas-T (sebagai Keluang Man),” katanya dalam sidang media selepas mengumumkan watak berkenaan di sini, malam tadi.

Keluang Man adalah siri animasi popular diminati ramai diperkenalkan sekitar 1990-an dan awal 2000-an, memaparkan kisah Borhan, seorang pesakit psikiatri, yang menjadi adi wira bertopeng dalam membenteras jenayah pada waktu malam dengan bantuan rakannya Tiong Man.

Anwari yang juga pencipta bersama trilogi filem Polis Evo turut menghargai teknik penceritaan asal oleh pencipta siri animasi itu Allahyarham Kamarudin Ismail atau dikenali Kamn Ismail, apabila mengambil keputusan untuk mengekalkan tone asalnya.

"Secara dasarnya, saya sangat menghargai tone yang sudah diletakkan pencipta asal. Saya juga yakin dengan keupayaan skrip dalam membina jalan cerita yang masih membawa tone asal, tetapi dikontemporarikan mengikut kesesuaian masa," katanya.

Turut diumumkan tiga watak utama lain iaitu watak antagonis Shamsir yang dibawakan Remy Ishak, Ahmad yang menjadi milik Datuk Rosyam Nor dan Inspektor Sahab yang diamanahkan kepada Anwaar Beg Moghal.

Sementara itu, Nas-T berkata, proses pemilihan adalah sangat sukar dan panjang, namun mengakui teruja apabila terpilih memegang watak utama.

"Ada empat fasa perlu dilalui, dan saya tahu ramai pelakon hebat turut mencuba nasib. Saya masih gementar dan tak percaya dipilih sebagai pelakon utama. Saya rasa sangat kerdil.

"Sebelum ini, saya pernah berangan-angan untuk memegang watak adi wira dan jujurnya, saya sendiri mempunyai sut adi wira yang digunakan untuk menghiburkan anak-anak di rumah," katanya.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Keluang Man merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, pihaknya mahu memperkenalkan semula IP (Harta Intelek) animasi adi wira legenda ini kepada generasi baharu serta bakal melahirkan adi wira tempatan terbesar.

"Majoriti rakyat Malaysia tahu mengenainya dan jenamanya bukan sekadar popular tetapi juga mempunyai kelompok peminat yang besar seterusnya menjadi pop-culture phenomenon sehingga mengubah landskap industri animasi tempatan.

"Mereka yang membesar pada era 1990-an, pastinya tahu Keluang Man adalah sebahagian daripada zaman kanak-kanak. Kini, selepas 25 tahun, ia masih dicari, malah di TikTok tanda pagarnya mencecah 20 juta tontonan, manakala YouTube pula mencecah lebih lapan juta tontonan, sekali gus menunjukkan Keluang Man mempunyai impak berpanjangan kepada rakyat Malaysia," katanya.

Siri animasi adi wira pertama tanah air itu diilhamkan oleh Allahyarham Kamn Ismail bersama pengasas dan pemilik UAS Animation, Natashah Datuk Md Noor dan kali pertama disiarkan pada 1998.

Kini, filem Keluang Man sedang menjalani proses pra-produksi dan dijangka memulakan penggambaran April tahun hadapan, selain dijadualkan menemui penonton di pawagam pada 2025. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Ulasan Filem 'Air Force': Filem Perang Di Bulan Kemerdekaan

2

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Keluang Man Bakal Difilemkan, Siapa Pelakon Yang Layak Jayakan Watak Ini?

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN