web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keluang Man Bakal Difilemkan, Siapa Pelakon Yang Layak Jayakan Watak Ini?

Sejak mula diumumkan tentang pembikinan filem yang diangkat dari animasi popular era 90an ini, ramai peminat mula mencadangkan nama pelakon yang sesuai membawakan watak ikonik Keluang Man dan Tiong Man.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2022 3:25PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siri animasi legenda Malaysia yang amat popular dan menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat tempatan sejak lebih dua dekad lalu, 'Keluang Man' bakal diangkat ke layar perak. 

Penerbit dan peneraju industri perfileman tanah air, Astro Shaw telah menandatangani lesen hak cipta adaptasi ke filem bersama pemegang IP (Harta Intelek) 'Keluang Man', Iconic Animation Studio Sdn Bhd baru-baru ini bagi menerbitkan filem aksi pertama 'Keluang Man'. 

Kerjasama ini sekaligus menjadi titik permulaan buat Astro Shaw dan Iconic Animation Studio dalam memperkenalkan semula IP animasi adiwira legenda ini kepada generasi baharu serta bakal melahirkan universe adiwira tempatan terbesar.

'Keluang Man' merupakan siri animasi popular dan diminati ramai pada akhir tahun 90-an dan awal 2000-an. Siri animasi adiwira pertama tanah air ini diilhamkan oleh Allahyarham Haji Kamarudin Bin Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Kamn Ismail bersama pengasas dan pemilik UAS Animation, Natashah Datuk Hj Md Noor dan pertama kali disiarkan pada tahun 1998. 

Mempunyai 7 musim dengan lebih 140 episod, 'Keluang Man' menampilkan jalan cerita amat unik yang mempamerkan adiwira yang diinspirasikan oleh keluang dan turut diselitkan dengan elemen komedi.

Borhan yang juga 'Keluang Man' ialah seorang pesakit di sebuah hospital mental di Tampoi dan berubah menjadi adiwira bagi membanteras jenayah pada waktu malam dengan bantuan rakannya, Tiong Man. Watak adiwira tersebut tidak mempunyai sebarang kuasa ajaib istimewa tetapi dibentuk dengan ilmu persilatan, naluri dan sikap kejujuran yang tinggi. 

Rentetan daripada reaksi positif para peminat dan penonton sejak animasi ini ditayangkan, terdapat banyak permintaan untuk mengembangkan lagi animasi kegemaran ramai ini. 

Dengan kehadiran filem baru Keluang Man yang bakal diterbitkan, Astro Shaw dan Iconic Animation Studio komited untuk menghasilkan karya terbaik dengan memastikan legasi Keluang Man terus hidup bersama generasi baharu dan akan datang.

Pengarah Iconic Animation Studio Sdn Bhd, Muhamad Firdaus Bin Omar berkata jenama 'Keluang Man' telah bertapak dalam industri animasi lebih 26 tahun dan ia masih diingati serta diperkatakan dalam kalangan peminatnya. 

“Kami yakin ramai yang menantikan kemunculan semula animasi 'Keluang Man' ini. Malah, perancangan untuk membawa animasi ini ke filem juga telah lama dibuat. Alhamdulillah, akhirnya impian ini bakal terlaksana dan lebih rasa berbesar hati kerana ia bakal direalisasikan bersama penerbit terkemuka Malaysia, Astro Shaw. Jadi, nantikan kemunculan semula 'Keluang Man' tidak lama lagi,” katanya. 

Sementara itu bekas Penolong Pengarah Animasi Keluang Man, Amir Hamzah Hashim yang juga Presiden Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS) menyambut baik berita ini dan menyokong penuh usaha pihak Astro Shaw dalam merekayasa dan meneroka ruang pasaran baharu bagi jenama Keluang Man.

“Sebagai antara penggiat awal dan dipertanggungjawabkan sebagai Penolong Pengarah Animasi dalam produksi asal dahulu, berita ini sangat menyegarkan dan memberi lebih energi kepada kami untuk terus menghasilkan karya baharu bagi tatapan peminat adiwira tempatan ini, saya berharap para peminat dapat menyokong dan memberi reaksi positif apabila ditayangkan kelak,” katanya. 

Walaubagaimanapun, siapa pelakon yang bakal membawa watak ikonik ini masih belum diumumkan. Namun rata-rata peminat filem mini sudah mula berasa teruja dan mencadangkan beberapa nama yang dirasakan sesuai untuk membawakan watak Keluang Man dan Tiong Man. Antara nama yang disebut-sebut mereka adalah Jep Sepahtu dan Shuib. 

Keluang Man bakal memulakan pra-produksi dalam masa terdekat dan pihak penerbit akan mengumumkan jangkaan tayangannya di pawagam kelak. - Getaran, 25 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Dulu Mak Larang, Sekarang Bebas Tonton 4 Animasi Ini!

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN