web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selamat Jalan Ramasundran, Terima Kasih Sudah Menghiburkan

Permergiannya sudah tentu dirasai oleh peminat drama sitkom dan filem, memandangkan beliau sudah menceburi bidang lakonan sejak tiga dekad lalu.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2021 1:05PM

Gambar dari Facebook FINAS

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Negara dikejutkan dengan berita pemergian pelakon dan pelawak Ramasundran Rengan pada jam 1.40 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur, hari ini.

Khabar duka tersebut disahkan sendiri oleh isterinya, Kamala Cheriakannan.

Mendiang yang terkenal menerusi sitkom Spanar Jaya dan siri komedi Jangan Ketawa itu dilaporkan mengalami masalah bengkak kaki dan dimasukkan ke bahagian kecemasan kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Menurut isterinya lagi, sejam selepas itu doktor kemudian mengesahkan Ramasundran yang mempunyai sejarah masalah jantung itu telah meninggal dunia.

Namun begitu  bedah siasat akan dilakukan hari ini untuk mengenalpasti punca sebenar kematiannya.

Terdahulu, mendiang sempat menghabiskan tugasnya sebagai pengarah menerusi sebuah program travelog berkaitan herba di RTM. 

Permergiannya sudah tentu dirasai oleh peminat drama sitkom dan filem memandangkan beliau sudah menceburi bidang lakonan sejak tiga dekad lalu. Antara filem lakonannya ialah Kerja Kahwin, Sini Ada Hantu dan Aku Kaya The Movie.

Takziaah diucapkan kepada keluarga mendiang dan semoga redha dengan ketentuan Takdir. - Getaran, 26 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Malam Komedi ‘Live, Love, And Laugh’ Untuk Bertemu Kenalan Baru, Mungkin Juga Bertemu Jodoh

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 2 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...