web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Tonton Wonton’ Bawa Koleksi Filem Cina Di Tonton

Tonton Wonton menghimpunkan pelbagai filem menarik dengan barisan pelakon tempatan yang popular bagi mempromosi produksi karyawan Cina.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2023 3:47PM

Filem 'Be Around You' ditayangkan secara eksklusif di Tonton Wonton mulai 27 September ini. gambar Tonton

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tonton, perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia melancarkan kempen ‘Tonton Wonton’ yang menawarkan akses mudah kepada kandungan berbahasa Cina dari pelbagai genre yang berkualiti kepada penonton. 

‘Tonton Wonton’ menghimpunkan filem tempatan menarik dengan barisan pelakon tanah air popular yang bertujuan mempromosikan kepelbagaian filem Cina di platform Tonton, termasuk filem Second Chance lakonan oleh Nicholas Teo dan Jack Tan dan Deliveries lakonan oleh Jovane Phang dan Fabian Loo yang disiarkan baru-baru ini. 

Filem ‘Second Chance’ lakonan oleh Nicholas Teo dan Jack Tan.
Filem ‘Second Chance’ lakonan oleh Nicholas Teo dan Jack Tan.

Kesemua filem menarik ini sebahagian daripada kempen untuk mempamerkan penceritaan yang memukau daripada produksi berkualiti tinggi. 

Bermula 27 September ini, platform berkenaan akan menayangkan filem Be Around You, secara eksklusif

Filem dibintangi oleh Lynn dan Miao itu, mengisahkan hubungan antara seorang wanita dan ibu mertuanya. 

Tonton membawa banyak lagi filem eksklusif menarik untuk tontonan anda dalam masa terdekat ini dengan menawarkan seleksi filem yang luas bagi memenuhi pelbagai citarasa dan pilihan. 

Nantikan lebih banyak pengumuman mengenai filem berbahasa Cina yang akan datang. 

Poster filem ‘Deliveries’ lakonan oleh Jovane Phang dan Fabian Loo yang disiarkan baru-baru ini. gambar Tonton
Poster filem ‘Deliveries’ lakonan oleh Jovane Phang dan Fabian Loo yang disiarkan baru-baru ini. gambar Tonton

Langgan Tonton hari ini dengan harga  serendah RM 9.90. Muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store atau layari www.tonton.com.my untuk pengalaman hiburan terbaik.

Ikuti perkembangan terkini Tonton di media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton dan #TontonWonton.  

Untuk mendapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy. - Getaran, 23 September 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 4 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN