web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tabung Komuniti Filem Bantu Penggiat Industri Kreatif

Tabung Komuniti Filem ini adalah manifestasi kerajaan untuk membantu penggiat seni kreatif, terutamanya dalam bidang perfileman.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2023 11:32AM

Fahmi ketika melancarkan Tabung Komuniti Filem. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengumumkan penubuhan Tabung Komuniti Filem bagi memelihara kesejahteraan dan kebajikan penggiat industri filem negara.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang melancarkan tabung itu berkata, usaha tersebut adalah manifestasi kerajaan untuk membantu penggiat seni kreatif, terutamanya dalam bidang perfileman.

Katanya, Tabung Komuniti Filem itu berperanan mengendalikan program komuniti filem, kempen kesedaran memajukan industri perfileman Malaysia, serta menyelaras bantuan atau derma yang diperolehi daripada badan-badan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta dan individu.

“Antara objektif utama tabung ini adalah menyelaras penerimaan, mengagihkan sumbangan dan kutipan derma bagi menguruskan aktiviti sebelum, semasa dan selepas kejadian, bencana dan kemalangan yang melibatkan penggiat industri kreatif tempatan.

“Selain itu, ia bertujuan untuk mengendalikan program komuniti filem, ziarah anak seni dan kempen kesedaran memajukan industri perfileman Malaysia,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Surat Tawaran Dana Kandungan Digital (DKD) dan Pelancaran Tabung Komuniti Filem pada Isnin.

Pada majlis itu, seramai 39 penggiat seni menerima Dana Kandungan Digital (DKD) bagi kategori Dana Filem Cereka, Dana First Time Amature Filmmaker (FAME), Dana Persembahan Muzik serta Dana Promosi dan Pemasaran Antarabangsa kepada.

Permohonan DKD dibuka dari 6 Mac hingga 5 April 2023 menerusi FINAS serta 23 Mac hingga 19 Mei 2023 bagi Kumpulan My Creative Ventures (MyCV).

Sebanyak 14 syarikat bernaung bawah FINAS itawarkan Dana Filem Cereka dan 10 syarikat ditawarkan Dana FAME, melibatkan jumlah keseluruhan RM18.3 juta manakala untuk MyCV, 11 syarikat ditawarkan Dana Promosi dan Antarabangsa yang melibatkan sejumlah RM3.3 juta.

Fahmi turut mengumumkan penyaluran RM36 juta kepada FINAS, MDEC, dan MyCV bagi melaksana pelbagai program termasuk DKD Filem Cereka, Program TV, Dokumentari,  Persembahan Muzik, Kebolehpasaran Domestik, Promosi dan Pemasaran Antarabangsa, Insentif Pembangunan Aset Digital (NFT),  Program Pembangunan Teknologi Digital, Program Onboarding Metaverse, dan Program Pengalaman Imersif Harta Intelek.

Permohonan DKD akan dibuka secara berperingkat bermula September 2023.

Pengiat seni boleh melayari portal rasmi FINAS, MyCV, MDEC, serta KKD untuk mendapatkan maklumat lanjut. – Getaran, 29 Ogos 2023

Sorotan

1

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

2

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

3

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

4

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

5

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN