web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Ultraman Blazar’ Muncul Malaysia, Peminat Siri Superhero Jepun Ini Jadi Kagum Tak Terkata

Superhero Jepun ini muncul sempena acara ‘Ultraman Decker Final Tour: Journey to Blazar’ di Lalaport dan saksikan sirinya yang akan ditayangkan di Astro Ceria mulai 8 Julai ini.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 4:04PM

Persembahan pertarungan di antara Ultraman Trigger & Ultraman Decker dengan Professor Gibellus - Gambar ihsan Astro

oleh

Zara Sofea

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penampilan istimewa barisan pelakon daripada francaisnya iaitu Ultraman Trigger, Ultraman Decker serta Ichika Kirino di Lala Port, Bukit Bintang telah menarik perhatian ramai peminat siri superhero popular Jepun, Ultraman ciptaan Eiji Tsuburaya. 

Barisan pelakon daripada francaisnya iaitu Ultraman Trigger, Ultraman Decker serta Ichika Kirino itu tampil dalam sesi 'Live Show & Cast Talk' di 'Ultraman Decker Final Tour: Journey to Blazar.'

Penganjuran ini merupakan acara rasmi Ultraman bersama peminat buat pertama kali di Malaysia hasil kerjasama di antara Astro Malaysia, Tsuburaya Productions dan Lalaport Kuala Lumpur untuk menjadikan siri superhero daripada Jepun ini sebagai tarikan utama pengunjung terutamanya kalangan kanak-kanak dan remaja. 

Lebih menarik, acara ini turut memperkenalkan siri baharunya yang bertajuk Ultraman Blazar buat julung kalinya di Malaysia bersama barisan pelakon siri francais popular tersebut yang dihadiri Hiroki Matsumoto (Kanata Asumi), Raiga Terasaka (Kengo Manaka) dan Yuka Murayama (Ichika Kirino).

Ultraman Blazar menampilkan wira baharu yang berasal dari objek astronomi ekstragalaksi yang berada jauh dari Bumi. Manakala, kapten SKaRD (Special Kaiju Reaction Detachment) telah ditubuhkan Global Guardian Force (GGF) untuk menentang kemusnahan yang dilakukan raksasa kaiju Bazanga. 

Gento Hiruma turut berganding bahu dengan Ultraman Blazar untuk menentang raksasa kaiju Bazanga yang semakin mengganas di bumi. Siri ini turut dibintangi Tomoya Warabino dan Himena Tsukimiya. 

Selain daripada itu, acara ini turut menyediakan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik untuk para pengunjung termasuk kanak-kanak dan ibu bapa seperti kiosk penjualan barangan jenama Ultraman, inflatable playground untuk kanak-kanak bermain, sesi bergambar dan 'Meet & Greet' bersama Ultraman, pameran berkonsepkan kostum Ultraman, paparan patung Ultraman dan Kaiju di pelbagai sudut di Lalaport Kuala Lumpur, tayangan siri-siri Ultraman serta persembahan aksi daripada barisan pelakon yang hadir.  

Barisan panelis sidang media Ultraman Blazar yang dihadiri wakil Astro, wakil pihak Tsuburaya, barisan pelakon francais popular Ultraman bersama peminat-peminat yang hadir
Barisan panelis sidang media Ultraman Blazar yang dihadiri wakil Astro, wakil pihak Tsuburaya, barisan pelakon francais popular Ultraman bersama peminat-peminat yang hadir

Kehadiran selebriti popular, Wafiy juga memeriahkan acara tersebut dalam mempromosikan siri terbaharu Ultraman Blazar bersama-sama dengan Hiroki, Raiga, Yuka dan para peminatnya. 

'Ultraman Decker Final Tour: Journey to Blazar' berlangsung mulai 10 Jun hingga 2 Julai 2023 di Lalaport Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur pada jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. 

Saksikan juga siri terbaharu mereka, Ultraman Blazar yang sudah mula ditayangkan pada hari yang sama dengan Jepun, pada setiap hari Sabtu, mulai 8 Julai 2023 ini, jam 8.30 malam di saluran Astro Ceria (611). 

Para penonton turut boleh menyaksikan siri ini secara fleksibel melalui platform On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO serta ulangan pada setiap hari Isnin, jam 4.00 petang. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Ultraman Blazar, sila layari https://content.astro.com.my/. – Getaran, 26 Jun 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 19 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN