web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


6 Perkara Yang Perlu Tahu Tentang Reunion Siri ‘Friends’

‘The One Where They Get Back Together’ bukan sahaja mengumpulkan kembali para pelakon siri ‘Friends’ tetapi juga hati jutaan peminat siri ikonik ini.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2021 2:30PM

Gambar: Instagram @friends

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Akhirnya, tiba juga tayangan istimewa yang dinanti-nantikan! Dengan nama ‘The One Where They Get Back Together’, tayangan reunion yang dinanti-nantikan ini telah diumumkan pihak HBO Max minggu lalu. 

Siri ‘Friends’ cukuplah ikonik kepada para peminat siri sitkom pada awal tahun 1990-an. Ia telah melalui 10 musim tayangan dan episod terakhirnya ditayangkan pada Mei 2004. 

Impaknya kepada budaya popular dan siri televisyen sedunia cukup besar. Dari gaya potongan rambut sehinggalah falsafah-falsafah konyol yang dikongsikan, semuanya menjadi ikutan dan sebutan. 

Sehingga ke hari ini, masih ada para peminat muda yang menonton dan cukup meminati ‘Friends’ dek tayangannya di platform penstriman. 

‘Friends’ berkisahkan tentang kehidupan sekumpulan anak muda yang ‘biasa-biasa’ saja di kota New York. 

Watak-watak utamanya terdiri daripada Rachel Green (Jennifer Anniston), Phoebe Buffay (Lisa Kudrow), Monica Geller (Courteney Cox), Chandler Bing (Matthew Perry), Joey Tribbiani (Matt LeBlanc) dan Ross Geller (David Schwimmer). 

Kehangatan persahabatan mereka, gaya dan dilema hidup yang mudah difahami oleh penonton marhaen, penceritaan yang bersahaja serta jenaka yang berkesan membuatkan siri ini menjadi cukup dekat di hati jutaan peminat. 

Bertahun-tahun berita sebuah reunion telah digembar-gemburkan dan akhirnya selepas pengumuman dari HBO Max, kami mempunyai fakta-fakta kukuh tentangnya untuk dikongsikan bersama anda:

1) Akan ditayangkan pada 27 Mei 2021. Ya, semestinyalah pada hari Khamis, seperti siri-siri sebelum ini.

2) Menurut tulisan AFP, para pelakon utamanya dilaporkan menerima bayaran US$2.5 juta setiap seorang untuk muncul dalam episod khas reunion ini. 

3) Tayangan khas ini bakal menampilkan bintang-bintang tamu dengan reputasi ‘gergasi’ seperti legenda bola sepak, David Beckham, bintang pop Justin Bieber dan Lady Gaga, sensasi K-pop BTS, ikon fesyen Cindy Crawford dan Cara Delevingne. 

4) Tom Selleck yang memainkan watak kekasih Monica dan Reese Witherspoon yang menjadi adik kepada Rachel juga akan membuat kemunculan.

5) Penggambaran episod ini diadakan di Stage 24 di Warner Bros Studio, Los Angeles. Ia juga merupakan studio asal rakaman ‘Friends’ sebelum ini. Rakaman pertemuan kembali secara virtual tidak pernah ada dalam perancangan, kata para penerbit ‘Friends.’

6) Para penerbit eksekutif, Kevin Bright, Marta Kauffman dan David Crane juga akan kembali untuk acara khas ini. - Getaran, 18 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kalaulah TV Tu Jatuh...

2

TARA 2 tahun yang lalu

Skrin Televisyen Pintar Daripada LG Ini Berbaloi Dimiliki

3

Teknovasi 2 tahun yang lalu

5 Elemen TV OLED Dari LG Pasti Buat Anda Teruja!

4

Politik 3 tahun yang lalu

PRN: Dekati Pengundi Dengan Kaedah Digital - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...