web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keunikan Pakaian Pahlawan Iban Bantu 'Belaban Hidup: Infeksi Zombie' Menang Anugerah

Kelengkapan pakaian pahlawan Iban yang semakin luput ditelan zaman menjadi antara daya penarik filem seram tempatan unik.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2021 9:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun hanya mendukung peranan sebagai pelakon tambahan, Sammy Ngelambai, 63, tetap bangga terlibat dalam pembikinan filem indie  Belaban Hidup: Infeksi Zombie yang memenangi anugerah Filem Terbaik dan Filem Seram Terbaik pada International Symbolic Art Film Festival (ISAFF) di St Petersburg, Rusia bulan lepas.

Ini kerana filem itu menampilkan seni dan kebudayaan masyarakat Dayak khususnya kaum Iban, terutama sekali kelengkapan pakaian pahlawan Iban yang semakin luput ditelan zaman, kepada masyarakat antarabangsa.

“Saya berasa amat bangga kerana pakaian pahlawan Iban ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kemenangan anugerah antarabangsa itu yang secara tidak langsung menampilkan kostum yang hampir-hampir hilang ditelan zaman satu ketika dahulu,” katanya yang juga pembuat pakaian yang dipanggil ‘gagung’ itu.

Gagung antaranya terdiri daripada ves yang diperbuat daripada kulit binatang yang dihiasi rantai perak, taring babi, tengkorak monyet, pedang panjang serta perhiasan kepala yang dilengkapi dengan ‘tangkung kenyalang’ atau kepala burung kenyalang (tulen mahupun diperbuat daripada gentian kaca) dan bulu-bulu kenyalang.

“Gagung ini mungkin boleh didapati di mana sahaja di Sarawak, namun pemakaiannya harus betul walaupun terdapat perbezaan cara pemakaian dalam kalangan masyarakat Iban di tempat-tempat tertentu,” katanya yang juga mengasaskan Kelab Gagung Sarawak pada 2004.

Penglibatan Sammy bersama-sama sembilan lagi ahli Kelab Gagung Sarawak dalam pembikinan Belaban Hidup: Infeksi Zombie bermula apabila diterima penerbit Misha Minut menjadi pembuat pakaian pahlawan Iban untuk filem itu, selain menjadi pelakon tambahan dan sumber rujukan tentang tatacara pemakaian pakaian berkenaan.

Sembilan ahli Kelab Gagung Sarawak yang turut berlakon dalam filem itu ialah Binar Berayun, Leighton Manjah, Noel Tony, Kembuan Thomas, Jabang Juntan, Fabian Masing, Martin Bilun, Bos Tupa dan Dennis Tan.

Sammy yang berasa serasi bekerja dengan pengarah filem itu Ray Lee dan Minut yang dilihatnya sangat bersedia menerima pandangan dan nasihat berkaitan babak khusus melibatkan kelab itu, bersedia menerima sebarang tawaran pada masa akan datang.

Tangkapan layar http://isaffestival.com
Tangkapan layar http://isaffestival.com

Sementara itu, Binar, 61, berkata menjayakan filem itu bersama-sama pelakon yang sudah terkenal di Malaysia dan luar negara adalah pengalaman yang amat berharga dan berharap ada lagi bakat dalam kalangan kaum Dayak di Sarawak yang boleh diserlahkan di layar perak untuk dikenali di seluruh dunia.

“Diharapkan agar kerajaan dapat memberikan peruntukan bagi pembuatan filem yang menampilkan kebudayaan dan adat resam masyarakat Dayak khasnya Iban kerana ia boleh ‘dijual’ di peringkat antarabangsa,” katanya ketika dihubungi di Bintulu.

Selain ISAFF, Belaban Hidup: Infeksi Zombie terbitan Hornbill Films Sdn Bhd dan Harry Aziz Entertainment Sdn Bhd itu mencipta sejarah apabila memenangi kategori Seram dan Sains Fiksyen bagi genre filem cereka di World Film Carnival Singapore 2021 pada 18 Mac lepas.

Filem berkenaan turut tercalon di Los Angeles Marina Del Rey Film Festival (LAMDRFF) bagi kategori Filem Cereka Terbaik.

Ia mengisahkan sekumpulan anak yatim dikurung untuk menjadi bahan uji kaji oleh seorang saintis gila yang menggabungkan elemen seram serta aksi masyarakat Dayak di Sarawak.

Filem yang mendapat dana daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu menampilkan barisan pelakon tempatan seperti Pekin Ibrahim, Altimet, Pablo Amirul, Anna Melissa, Cassidy Panggau dan penyanyi Indonesia, Tegar serta pelakon kelahiran Slovakia, Katrina Grey.

Filem edaran Metrowealth Pictures Sdn Bhd itu dijangka ditayangkan di pawagam tempatan pada Ogos. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN