web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘A Tourist’s Guide To Love’ Bukan Sekadar Filem Romantik Komedi, Turut Gambarkan Kepelbagaian Budaya Vietnam

Filem ini turut memaparkan destinasi-destinasi yang menakjubkan, termasuk Ho Chi Minh City, Da Nang, Hoi An, Hanoi, dan Ha Giang yang seringkali menjadi tumpuan utama pelancong.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2023 8:00AM

‘A Tourist’s Guide To Love’ dibintangi oleh Scott Ly dan Rachael Leigh Cook - Gambar ihsan Netflix

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem Hollywood terbaharu A Tourist’s Guide to Love yang sedang ditayang Netflix bukan hanya sekadar filem romantik komedi yang mencuit hati penonton, sebaliknya  ia turut mempromosikan kepelbagaian budaya negara Vietnam.

Berada dalam senarai 10 kandungan teratas platform Netflix di beberapa negara termasuk Malaysia, Thailand, Singapura dan juga Indonesia, hampir keseluruhan penggambaran A Tourist’s Guide to Love ini difilemkan di Vietnam.

Hampir keseluruhan penggambaran A Tourist’s Guide to Love ini difilemkan di Vietnam
Hampir keseluruhan penggambaran A Tourist’s Guide to Love ini difilemkan di Vietnam

Ia turut menggambarkan budaya Vietnam yang kaya serta destinasi-destinasi yang menakjubkan, termasuk Ho Chi Minh City, Da Nang, Hoi An, Hanoi, dan Ha Giang yang sering kali  menjadi tumpuan utama pelancong.

Lebih istimewa, proses penggambaran ini turut melibatkan lebih 200 krew tempatanVietnam dan vendor termasuk mereka dalam industri pengeluaran, perjalanan domestik dan runcit.

Menerusi filem arahan Steven K. Tsuchida ini, penonton dapat melihat sendiri visual yang membuktikan Vietnam adalah lebih daripada apa yang sering digambarkan di Hollywood. 

Rakaman landskap menerusi lensa kamera begitu menyerlahkan keunikan Bandar Ho Chi Minh, Da Nang, Hội An, Hanoi dan Hà Giang, sekali gus bakal menjadikan Vietnam salah sebuah lokasi destinasi yang harus dilawati. 

Penonton akan benar-benar terpesona dengan apa yang dibawakan Vietnam ke skrin. Berada di negara ini dan merasai tradisi dan adat resam orang Vietnam adalah perincian penting di sini, menjadikan A Tourist’s Guide To Love sebuah filem yang wajib dan mesti ditonton.

A Tourist’s Guide to Love mengisahkan seorang eksekutif pelancongan, Amanda (lakonan Rachael Leigh Cook) yang menyamar dalam lawatan kumpulan di Vietnam selepas patah hati dalam hubungan cinta. 

Berada di negara ini dan merasai tradisi dan adat resam orang Vietnam adalah perincian penting di sini, menjadikan 'A Tourist’s Guide To Love' sebuah filem yang wajib dan mesti ditonton
Berada di negara ini dan merasai tradisi dan adat resam orang Vietnam adalah perincian penting di sini, menjadikan 'A Tourist’s Guide To Love' sebuah filem yang wajib dan mesti ditonton

Di sana, dia bertemu dengan pemandu pelancong ekspatriat yang cukup berkarisma, Sinh (pelakon Vietnam-Amerika Scott Ly), yang menunjukkan kepada Amanda dan rakan pengembaranya tentang erti sebenar pengembaraan dan cinta.

Filem bergenre komedi romantik ini berada di tangga #6 di Malaysia, #3 di Filipina, #4 di Singapura, #5 di Indonesia dan #8 di Thailand dalam kedudukan senarai 10 kandungan teratas di platform Netflix. – Getaran, 2 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

2

Jelajah 1 tahun yang lalu

Vietjet Luaskan Penerbangan Ke Destinasi Pantai Popular Di Vietnam, Promosi Tiket Setiap Jumaat

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN