web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Diugut Bunuh, Kereta Disimbah Cat, Sudah Sampai Masanya Menteri Campur Tangan - Pengarah ‘Mentega Terbang’

Khairi sewaktu dihubungi berkata, insiden yang berlaku ini termasuk ugutan bunuh yang diterima telah mendatangkan bahaya buat diri dan ahli keluarganya serta seluruh barisan pelakon dan krew filem ini.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 6:00PM

Kereta Khairi yang disimbah cat.

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah filem Mentera Terbang, Khairi Anwar mengakui terkejut apabila kenderaan persendirian miliknya yang diletakkan di kawasan kediamannya telah disimbah cat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tidak hanya setakat itu, Khairi juga menerima lima keping sampul surat berwarna putih yang mana di dalam kandungannya berbunyi ugutan bunuh.

Ugutan tersebut adalah:

“Lu dengan family mesti mati!”

“Islam Pasti Bangkit #MentegaTerbang”

“Mentega Terbang Jangan Cabar Agama Islam”

“Ingat Family Selamat Mentega Terbang”

“Tengok Lu Punya Langsi Menega Sial”

Ugutan yang diterima oleh Arjun.
Ugutan yang diterima oleh Arjun.

Bahkan, sewaktu membuat laporan polis tersebut, Khairi telah menerima ugutan bunuh menerusi mesej yang dihantar menerusi SMS di telefon bimbitnya.

Mesej tersebut berbunyi: “Hari ini kereta, next time aku langar kau sampai mati! Jangan hina agama aku sial!”

Ugutan melalui SMS yang diterima Khairi.
Ugutan melalui SMS yang diterima Khairi.

Insiden sama turut menimpa Arjun Thanaraju yang juga antara sebahagian penulis skrip dan pelakon filem tersebut. Bahkan, Arjun juga tidak terkecuali menerima ugutan bunuh daripada pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Ugutan yang diterima Arjun berbunyi: “Lu mati ‘Mentega Terbang’ dan Padah!! Mentega Terbang”.

Susulan daripada itu, Khairi dan Arjun telah membuat laporan polis di Balai Polis Kajang, Selangor pada awal pagi tadi.

Laporan polis yang dibuat oleh Khairi.
Laporan polis yang dibuat oleh Khairi.

Khairi sewaktu dihubungi berkata, insiden yang berlaku ini termasuk ugutan bunuh yang diterima telah mendatangkan bahaya buat diri dan ahli keluarganya serta seluruh barisan pelakon dan krew filem ini.

“Buat masa ini, pihak polis telah menasihati kami supaya menjaga diri kami dan tidak keluar ke mana-mana. Mereka juga akan melakukan siasatan berhubung insiden yang menimpa kami pada awal pagi ini,” katanya.

Jelas Khairi lagi, memandangkan isu Mentera Terbang ini sudah sampai ke tahap ugutan membunuh, dia amat berharap agar pihak menteri atau kementerian dapat campur tangan untuk menyelesaikan masalah ini.

Kenderaan Arjun juga dirosakkan oleh individu yang tidak dikenali.
Kenderaan Arjun juga dirosakkan oleh individu yang tidak dikenali.

“Saya boleh terima kalau ada orang yang suka dan tidak suka terhadap filem ini. Tapi, kalau tidak suka dan memberikan komen yang berbentuk gangguan seksual, bagi saya itu adalah suatu perkara yang agak keterlaluan dan tidak sepatutnya berlaku.

“Perkara ini mula tercetus apabila Zabidi Mohamed mengeluarkan komen di facebook miliknya dan ramai yang kemudian memberikan komen-komen yang tidak elok dan berbentuk ugutan di media sosial.

“Tetapi, tidak ada siapa pun yang mengutuk, menghalang atau cuba menghentikan komen-komen sebegitu. Sebab itulah, berlakunya ugutan secara fizikal (cat dilemparkan ke kereta dan ugutan bunuh melalui surat dan sms).

“Saya rasa perlu ada campur tangan daripada pihak menteri dan kementerian untuk menghentikan perkara ini.

“Kalau benar pihak kementerian mahu mempertahankan agama, lakukan dengan cara yang betul. Saya respect cara Dr Zul (Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri) memberikan pandangannya. Bagi saya ia satu komen yang cukup adil apabila dia memberitahu bahawa dalam membuat filem kena menggunakan intelektual dan bukan emosi. Saya hormat pandangannya.

“Tapi, kalau tidak suka, tidak perlulah sampai menghukum orang sebagai murtad, kufur dan sebagainya. Tidak perlu juga sampai membuat ugutan. Bagi saya itu bukan cara Islam yang betul,” katanya. - Getaran, 16 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Muat Naik Ugutan Bunuh Ibu Bapa Selebriti

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengusaha Stesen Minyak Terima Ugutan Diminta Buat Laporan Polis - Saifuddin

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lukakan Perasaan Agama Lain, Pengarah Dan Penerbit Mentega Terbang Mengaku Tak Bersalah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Akan Terus Perjuang Isu Palestin, 'Jangan Hirau Soal Ugutan' - PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 11 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN