Berita Terkini

9 minit yang lalu: Dewan Rakyat lulus tubuh 10 Jawatankuasa Pilihan Khas 9 minit yang lalu: Pemangku Raja Pahang sempurnakan penyampaian darjah, pingat kepada 166 penerima 12 minit yang lalu: Singapura dan Malaysia perlu memastikan rantau ASEAN bersatu dan berwibawa - Presiden Singapura 12 minit yang lalu: Jabatan Penjara perkasa program sistem bagi tangani kesesakan 13 minit yang lalu: Bakal jemaah haji Malaysia wajib lalui pemeriksaan kesihatan

IKUTI KAMI


Tidak Hanya Islam, 'Mentega Terbang' Turut Perkecil Agama Lain – Zulkifli

'Mentega Terbang' memiliki kelompongan persoalan yang sangat besar dan menimbulkan kekeliruan khususnya bagi isu-isu melibatkan masalah pluralisme agama dan kelahiran semula.

Filem & TV Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 9:55AM

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengulas panjang mengenai beberapa isu sensitif yang dibangkitkan menerusi filem Mentega Terbang sehingga mengundang kontroversi di media sosial baru-baru ini - Gambar Fail Bernama

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bekas mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengulas panjang mengenai beberapa isu sensitif yang dibangkitkan menerusi filem Mentega Terbang sehingga mengundang kontroversi di media sosial baru-baru ini. 

Menerusi tulisan terbaharu di laman sesawang rasmi miliknya zulkiflialbakri.com, Dr. Zulkifli mendedahkan sudah menonton keseluruhan filem berkenaan pada Jumaat lalu. Beliau tidak terlupa memuji nilai-nilai baik yang diangkat menerusi filem ini seperti semangat perpaduan antara Aisyah, Uncle Kasim, Auntie Esther dan Suresh.

Namun begitu, katanya, Mentega Terbang memiliki kelompongan persoalan yang sangat besar dan menimbulkan kekeliruan khususnya bagi isu-isu melibatkan masalah pluralisme agama, konsep kelahiran semula serta batas-batas penghinaan ke atas agama. 

“Terlalu banyak unsur memperlecehkan agama Islam dan agama-agama lain yang saya temui dalam filem ini. Saya yakin, tidak ada penganut Kristian yang baik dan cakna dengan sensitiviti, sanggup membawa masuk anjing ke dalam kawasan rumah seorang Muslim yang baik. Saya juga yakin, seorang Hindu yang baik juga tidak akan memakan daging lembu sebagaimana perlakuan Suresh. 

“Sebagaimana saya juga yakin, seorang Muslim yang baik dan menghormati mazhab setempat tidak akan menyentuh anjing tanpa sebab. Anjing adalah termasuk sebagai najis mughallazah iaitu najis berat pada seluruh tubuhnya.

“Tambahan pula, seorang Muslim yang baik tidak akan sesekali mencuba mencabar syariat-Nya dengan makan pau berintikan daging babi sebagaimana perlakuan Aisyah,” tulisnya di laman sesawang berkenaan.

'Mentega Terbang' juga sekadar menunjukkan sebuah kegagalan sistem rumah tangga Muslim yang baik dari sudut didikan anak iaitu pengajaran tanpa ilmu yang lebih menonjolkan logik dan akal - Gambar Fail
'Mentega Terbang' juga sekadar menunjukkan sebuah kegagalan sistem rumah tangga Muslim yang baik dari sudut didikan anak iaitu pengajaran tanpa ilmu yang lebih menonjolkan logik dan akal - Gambar Fail

Bukan itu sahaja, Mentega Terbang juga sekadar menunjukkan sebuah kegagalan sistem rumah tangga Muslim yang baik dari sudut didikan anak iaitu pengajaran tanpa ilmu yang lebih menonjolkan logik dan akal. Beberapa agama juga ditunjukkan berat sebelah di dalam filem ini.

“Ia juga menampilkan watak penganut Kristian yang kelihatan baik tetapi tidak menghormati ajaran Islam, begitu juga seorang Hindu yang terang-terang melanggar ajaran agamanya,” katanya lagi. 

Maklum dengan siasatan yang sedang dilakukan pihak JAKIM, Zulkifli berharap agar JAKIM yang terdiri daripada panel dan pegawai dalam memberikan sebuah hujah yang kukuh. 

“Masyarakat Malaysia semakin berkembang pemikirannya dan kita berada di zaman dunia tanpa sempadan. Saya yakin ia adalah perkara yang menjadi perhatian JAKIM untuk penambahbaikan di masa akan datang.

“Mengkritik sesebuah filem bukanlah berdasarkan emosi tetapi perlu kepada ilmu dan kefahaman agar ia benar-benar menepati maksud al-tawasi bi al-haqqi (berpesan-pesan kepada kebenaran) dan al-tawasi bi al-sabr (berpesan-pesan kepada kesabaran),” katanya lagi.

Bukan itu sahaja, Zulkifli berhasrat untuk berjumpa dengan pengarah, penerbit filem serta pelakon Mentega Terbang bagi membincangkan isu ini dengan lebih mendalam apalagi menyedari bahawa produksi ini mempunyai potensi yang sangat dalam industri perfileman negara. - Getaran, 7 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Kes Ugut Krew Mentega Terbang: Polis Buka 2 Kertas Siasatan

2

Semasa 4 hari yang lalu

Patuhi Undang-Undang, Jangan Rosakkan Harta Benda Dan Ancam Nyawa - Fahmi Fadzil

3

Filem & TV 4 hari yang lalu

Diugut Bunuh, Kereta Disimbah Cat, Sudah Sampai Masanya Menteri Campur Tangan - Pengarah ‘Mentega Terbang’

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pengarah Mentega Terbang, Pelakon Beri Kenyataan Kepada Bukit Aman

Sorotan

1

Naik Van Sekolah 5 Hari Untuk Mac, Bayaran Tetap Penuh Hingga RM1,000?

2

Pembatalan Lesen Senjata Api, Mengapa Atlet Menembak Turut Terbabit?

3

Pemimpin Baharu 3 Sayap UMNO Perlu Berdedikasi, Jalankan Amanah Seikhlas Hati - Presiden

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

'Dia Tak Ada Musuh,' 10 Tahun Bersahabat, Budi Doremi Doakan Kamal Adli Cepat Sembuh

oleh Wafa Aula

Filem & TV 2 jam yang lalu

‘Tujuh Dua Belas’ Tampilkan Pelakon Wanita Yang Mampu Bertarung, Angkat Kisah Penculikan Kanak-Kanak – Pengarah

Setelah sekian lama bergiat dalam industri perfileman tanah air, akhirnya Thorpe Ali berjaya menghasilkan naskah filem pertama arahannya, 'Tujuh Dua Belas' yang...

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 1 hari yang lalu

WCO Art & Culture Gallery Pamer Budaya Tempatan Melalui Miniatur Dan Diorama

Meminati seni pembuatan miniatur dan diorama sejak kecil, Foo Loke Kee berkata penglibatan secara serius dalam bidang itu tercetus selepas menghadiri pameran ha...

Muzik 18 jam yang lalu

Nice And Good Job! Itu Kata PM Kepada Bunkface Tentang Lagu Tema Kempen Malaysia Madani 

oleh Ellyna Ali