web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Senarai Tontonan Netflix Terbaru Untuk Anda Bulan Ini!

Mei nampaknya meriah dengan kehadiran banyak drama dan filem menarik di Netflix. Ini senarai yang kami sediakan untuk anda.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2021 8:30AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap bulan, pasti akan ada filem dan drama menarik yang akan dipaparkan di platform penstriman terkenal, Netflix. Daripada drama bersiri, filem antarabangsa sehinggalah kepada karya original mereka banyak yang menjadi viral.

Mesti ramai yang tertanya-tanya, apa lagi rancangan menarik yang boleh ditawarkan Netflix untuk penonton bulan ini, bukan? Lebih-lebih lagi kalau anda sejenis anak rantau yang tak balik raya. Tentu banyak masa yang boleh dihabiskan di depan peranti telefon bimbit. 

Jangan sedih! Berikut kami senaraikan antara lima filem dan drama terbaik yang bakal menemui anda bulan ini.

 

MINE

Bakal ditayangkan bermula 8 Mei ini, sudah tentunya filem Korea berkonsepkan suspen dan misteri ini bakal membuat jantung anda berdebar kencang. Mengisahkan tentang kehidupan wanita elitis yang sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu dan mengakuinya sebagai hak mereka. Ada banyak penipuan yang dilakukan untuk mendapatkan kebahagiaan yang palsu. 

 

Monster

Tak semua adil dalam dunia ini. Mengisahkan tentang seorang remaja yang sangat berbakat dan mempunyai minat yang sangat dalam terhadap bidang fotografi. Satu hari dia tiba-tiba didapati bersalah melakukan jenayah bunuh walaupun dia sendiri buntu bagaimana ia boleh berlaku. Satu kritikan sangat hebat kepada dunia undang-undang dan sistem pengadilan di Amerika. 

 

'Trash Truck: Season 2'

Anak anda tak sesuai menonton cerita suspen? Jangan risau, anda boleh tonton siri animasi 'Trash Truck' yang kali ini tampil dengan musim kedua. Mengisahkan Trash Truck dan rakan-rakannya iaitu Walter, Donny dan Ms. Mona mengembara ke halaman belakang rumah mereka. Ada banyak siri pengembaraan menyeronokkan menanti mereka!

 

'Move to Heaven'

Ini ialah sebuah kisah yang diadaptasi dari sebuah esei di Korea bertajuk 'Perkara Yang Saya Tinggalkan' tulisan Kim Sae-byul. Ia mengisahkan tentang trauma yang dihadpai oleh generasi pertama tukang cuci di Korea Selatan. Mereka menggali lebih dalam kisah seorang lelaki bernama Geu-ru yang menghidapi penyakit Asperger's Syndrome. Jadi, cara dia melihat dunia semestinya berbeza. Anda mungkin akan mengalirkan air mata sepanjang menonton cerita ini.

 

'Selena'

Kepada peminat 'Selena' musim pertama, ini berita baik apabila siri drama berkenaan hadir dengan musim kedua yang semestinya lebih banyak konflik. Mengisahkan Selena yang sudah pun menjadi seorang penyanyi popular. Namun entah kenapa, tak mudah mencari seseorang jujur apabila kita sudah berapa di puncak paling tinggi. Jika anda menyukai drama muzikal, siri ini semestinya untuk anda.

Selamat menonton! - Getaran, 4 Mei 2021


Semua gambar: Ihsan Netflix

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN