Berita Terkini

6 minit yang lalu: Polis kesan pasangan suami isteri, guna kad ATM milik pesara 7 minit yang lalu: Syarikat mega Alibaba berpecah kepada 6 entiti 8 minit yang lalu: Raja Charles dalam lawatan 3 hari ke Jerman 8 minit yang lalu: Ahli dewan rakyat perlu jalani pemeriksaan kesihatan setahun sekali - TPM 9 minit yang lalu: Mengaku jual 1,245 unit kasut tiruan, peniaga didenda RM30,000

IKUTI KAMI


Ulasan Filem Creed 3 : ‘Tumbukan’ Pertama Michael B Jordan Sebagai Pengarah Mengena!

Pertama kali duduk di bangku pengarah, Michael B Jordan dilihat berjaya menggarap filem sekuel ketiga Creed dengan baik disamping mempamerkan aksi cemerlang sebagai pelakon.

Filem & TV Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 5:00PM

Kali ini Adonis Creed, (Michael B Jordan) bertarung dalam perlawanan terakhirnya dan mahu melabuhkan tirai kerjaya dengan cemerlang. - Gambar ihsan Warner Bros

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Akhirnya sekuel ketiga francais filem Creed iaitu Creed 3 menemui penonton seluruh dunia bermula semalam. .

Apa yang menarik untuk filem yang ketiga ini adalah ia  bukan sahaja masih dibintangi oleh Michael B Jordan, malah filem ini merupakan filem pertamanya sebagai seorang pengarah. 

Ini menambahkan lagi keterujaan penulis untuk menonton filem ini untuk melihat bagaimana hasil tangan Michael di kerusi pengarah.

Adonis Creed (Michael B Jordan) adalah seorang peninju yang berjaya yang juga merupakan seorang juara dunia. - Gambar ihsan Warner Bros
Adonis Creed (Michael B Jordan) adalah seorang peninju yang berjaya yang juga merupakan seorang juara dunia. - Gambar ihsan Warner Bros

Filem ini dibuka dengan kisah Adonis Creed yang merupakan seorang peninju yang berjaya yang juga merupakan seorang juara dunia. Dia kini bertarung dalam perlawanan terakhirnya dan mengakhiri kerjayanya dengan cemerlang. 

Creed ingin bersara dari dunia tinju dan tumpukan perhatian kepada keluarganya serta perniagaan. Masa terluangnya dihabiskan untuk bermain dengan anak perempuannya Amara yang cacat pendengaran. Dia juga mengusahakan sebuah gimnasium untuk atlet tinju muda berlatih.

Di awal filem ini juga turut memaparkan babak imbas semula sewaktu Creed dan temannya Dame pada tahun 2002 sebelum dia bergelar peninju terkenal. Ketika itu Creed yang masih awal remaja membantu Dame yang merupakan peninju muda yang bercita-cita tinggi untuk bergelar peninju berjaya.

Pada satu hari, Creed terlibat dengan pergaduhan dengan Leon iaitu lelaki yang menjaga mereka di rumah anak yatim. Ketika Creed dibelasah teman-teman Leon, Dame muncul untuk menyelamatkannya dan mengacukan pistol ke arah mereka.

Akhirnya Dame dimasukkan ke penjara selama 18 tahun dan terpaksa melupakan impiannya untuk bergelar peninju berjaya. Sepanjang dia berada di penjara, dia hanya mampu melihat Creed menjalani kehidupan yang sepatutnya menjadi miliknya.

Dame (Jonathan Maiors) kini bebas dari penjara dan menemui Creed di gimnasium miliknya. - Gambar ihsan Warner Bros
Dame (Jonathan Maiors) kini bebas dari penjara dan menemui Creed di gimnasium miliknya. - Gambar ihsan Warner Bros

Dame kini bebas dari penjara dan dia menemui Creed di gimnasium miliknya. Creed nyata terkejut dengan kemunculan semula Dame dan cuba memberi bantuan kewangan kepadanya untuk memulakan hidup baru. Namun impian Dame hanya satu, iaitu dia ingin memenangi gelaran juara untuk pertandingan tinju.

Permintaan Dame itu agak sukar untuk Creed laksanakan kerana Dame bukanlah peninju profesional dan umurnya juga sudah agak tua untuk bertanding. Namun disebabkan satu insiden, Dame akhirnya berjaya menempatkan diri dalam pertandingan tinju dan memenangi pertandingan berkenaan dengan cara kotor. 

Dame mula berubah selepas memenangi pertandingan berkenaan. Creed mula merasai ada sesuatu yang tidak kena dengan Dame. Rupanya Dame menyimpan dendam terhadap Creed kerana telah mengabaikannya selama dia berada di dalam penjara. Akhirnya dendam kesumat itu telah membawa mereka berdua di atas gelanggang tinju selepas Creed dicabar untuk bertarung dengan Dame untuk kejohanan seterusnya. 

Mampukah Dame menewaskan Creed. - Gambar ihsan Warner Bros
Mampukah Dame menewaskan Creed. - Gambar ihsan Warner Bros

Mampukah Dame menewaskan Creed yang selama ini telah hidup dalam kemasyuran yang sepatutnya menjadi miliknya? Adakah Creed terpaksa lupakan hasratnya dari persaraan dan kembali ke gelanggang untuk bertarung dengan sahabatnya sendiri? Jangan lupa saksikan kesudahan filem ini di pawagam. 

Sejujurnya penulis agak kagum dengan Michael B Jordan yang berjaya mengendalikan tugas sebagai pelakon utama dan pengarah untuk filem ini. Michael berjaya menyuntik elemen komersial dalam sekuel ketiga ini yang penulis rasakan agak kurang menerusi dua filem pertama. 

Selain padat dengan aksi sukan tinju, filem ini turut memaparkan nilai kasih sayang di antara keluarga dan persahabatan. Penonton pasti tersentuh melihat bagaimana seorang sosok peninju terkenal dunia, melayan anak perempuannya bermain ‘pondok-pondok’. Begitu juga kasihnya terhadap ibunya yang menghidap sakit strok dan isterinya yang merupakan seorang pemuzik terkenal. 

Mainan emosi Michael untuk babak-babak yang melibatkan emosi begitu cemerlang. Michael punya pesona seorang peninju berjaya dan juga seorang suami dan bapa yang penyayang. 

Lakonan Tessa Thompson sebagai isteri dan ibu kepada seorang anak yang cacat pendengaran juga sangat cemerlang. - Gambar ihsan Warner Bros
Lakonan Tessa Thompson sebagai isteri dan ibu kepada seorang anak yang cacat pendengaran juga sangat cemerlang. - Gambar ihsan Warner Bros

Lakonan Jonathan Maiors sebagai Dame dan Tessa Thompson sebagai isteri dan ibu kepada seorang anak yang cacat pendengaran juga sangat cemerlang. Jonathan berjaya meyakinkan penonton sebagai seorang bekas banduan yang lebih berusia daripada Michael B Jordan. Sedangkan di alam realiti, usianya lebih muda daripada Michael. 

Pujian juga harus diberikan kepada skor muzik untuk filem ini. Filem ini dilatari dengan runut bunyi yang segar dan kena dengan setiap babak. 

Tuntasnya, filem ini sangat menarik untuk ditonton oleh seisi keluarga terutamanya buat mereka yang sukakan sukan tinju. Michael boleh menarik nafas lega kerana debut pertamanya sebagai pengarah tidak mengecewakan. – Getaran, 3 Mac 2023

Gambar ihsan Warner Bros
Gambar ihsan Warner Bros

Jumlah Getar : 4


 

Berita Berkaitan

1

TARA 4 hari yang lalu

Banyak Cabaran Yang Dilalui Vino G Bastian Kala Menghidupkan Watak Tokoh Penting Buya Hamka

2

Filem & TV 4 hari yang lalu

3 Treler Filem Termahal Indonesia, 'Buya Hamka' Dilancarkan Pada 1 Ramadan

3

Filem & TV 1 minggu yang lalu

‘Tujuh Dua Belas’ Tampilkan Pelakon Wanita Yang Mampu Bertarung, Angkat Kisah Penculikan Kanak-Kanak – Pengarah

4

Selebriti 1 minggu yang lalu

Penonton Tak Boleh Beza Mana Satu Lakonan - Sean Lee Terkilan Apabila Terpaksa Tolak Tawaran Filem Pulau

Sorotan

1

Henti Pelepasan Cukai Pencarum SSPN Kurang Tepat, ‘Saya Beri 3 Sebab’ - Syed Saddiq

2

Projek Pasar Chow Kit Tidak Pernah Terbengkalai, Dijangka Siap 2025

3

Tubuh Task Force Selaras Agihan Bantuan Dengan YKN Di Setiap Negeri

Disyorkan untuk anda

Selebriti 18 jam yang lalu

‘Mierul Aiman Kelakar’ - Qasrina Karim Jawab Kemesraannya Dengan Aktor Itu Di Set Penggambaran

oleh Wafa Aula

Selebriti 4 jam yang lalu

Tak Tahu Apa Penyebab Aurora Trauma, Adakah Kerana Saya Tanya Satu Soalan Peribadi? - Farid Kamil 

Pelakon Farid Kamil menafikan anak bongsunya, Nur Aurora sedang berada dalam keadaan trauma seperti yang didakwa isterinya, Diana Danielle. 

oleh Wafa Aula

Filem & TV 1 hari yang lalu

Isu Tuntutan Tak Masuk Akal Dan Dianiaya Awesome TV, Ayu Puteh Sudah Bawa Ke Pihak Menteri

Ketika dihubungi Getaran, Ayu atau nama sebenarnya Normashayu Puteh mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan pasukan Menteri sudah menerima fail butiran ke...

oleh Wafa Aula

Selebriti 16 jam yang lalu

Tidak Reka Cerita Orang Ketiga, Farid Kamil Ada Bukti Bergambar

oleh Wafa Aula