web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Berdepan Kontroversi, 'Mentega Terbang' Sudah Tiada Di Platform Viu Malaysia.

'Mentega Terbang' menceritakan tentang seorang perempuan bernama Aisyah yang mencari jawapan apa yang akan terjadi kepada seseorang setelah dia meninggal dunia.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 1:30PM

Ia merupakan filem Indie pertama yang ditayangkan di platform itu bermula 19 Januari lalu. - Gambar Treler Mentega Terbang

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Platform penstriman Viu dilihat tidak lagi menayangkan filem Mentega Terbang setelah ia berdepan dengan kontroversi berikutan dakwaan mencabar akidah umat Islam.

Mentega Terbang yang ditayangkan di Viu merupakan filem Indie pertama yang ditayangkan di platform itu bermula 19 Januari lalu. Namun, beberapa babak di dalam filem berkenaan telah menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak khususnya dialog seorang ayah yang membenarkan anaknya untuk menukar agama lain.

Sebelum ini Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) telah membuat laporan polis terhadap produksi filem Mentega Terbang yang dikatakan memesong akidah umat Islam. 

Mereka turut meminta Kementerian Dalam Negeri untuk mengharamkan filem berkenaan yang dikatakan berbahaya buat anak-anak muda yang belum memahami Islam.

Penyanyi Caprice turut menyatakan filem berkenaan seolah-olah mempromosikan kufur. Dalam video yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya, Caprice meminta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil untuk mengambil tindakan keras kepada pihak produksi berkenaan. 

“Ini namanya bukan berfikiran terbuka atau liberal. Ini namanya kufur,” katanya.

Mentega Terbang menceritakan tentang seorang perempuan bernama Aisyah yang mencari jawapan apa yang akan terjadi kepada seseorang setelah dia meninggal dunia. Bagi mendapatkan jawapan tersebut, dia telah mengkaji beberapa agama seperti Islam, Kristian, Judaism, dan Hindu.

Terdahulu, filem itu pernah ditayangkan di Festival Filem Jogja-Netpac Indonesia pada tahun 2021 serta Festival Filem Aceh pada tahun 2022.  - Getaran, 1 Mac 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lukakan Perasaan Agama Lain, Pengarah Dan Penerbit Mentega Terbang Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mentega Terbang Dilarang Tayang Seluruh Negara

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kes Ugut Krew Mentega Terbang: Polis Buka 2 Kertas Siasatan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Patuhi Undang-Undang, Jangan Rosakkan Harta Benda Dan Ancam Nyawa - Fahmi Fadzil

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 12 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN