web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kekuatan Antagonis Julang ‘Isteri Halal’ Menerusi Tayangan Perdana Slot Tiara Di Astro Ria

Dengan sentuhan istimewa pengarah Uchee Fukada dalam memperkasakan drama yang mengangkat peranan wanita sebagai nadi penceritaan, ‘Isteri Halal’ bakal mencipta fenomena sendiri.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2023 6:26PM

‘Isteri Halal’ memaparkan pendustaan dalam mahligai perkahwinan serta rahsia silam antara dua keluarga - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sesungguhnya kecurangan merupakan sesuatu yang pahit untuk ditelan, tapi itulah hakikatnya yang dialami sesetengah golongan wanita kini.

Luluh diri apabila diduakan, apatah lagi jika diduakan dengan sahabat baik sendiri. Begitulah nadi penceritaan ‘Isteri Halal’ yang memaparkan pendustaan dalam mahligai perkahwinan serta rahsia silam antara dua keluarga.

Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, ‘Isteri Halal’ mempertaruhkan gabungan watak-watak antagonis yang hebat.

“Posisi Astro Ria sebagai destinasi drama utama di negara kita diperkukuhkan lagi dengan kehadiran slot Tiara.

“Kami turut mengambil kesempatan ini untuk memperkasakan lagi kualiti dan tayangan drama rantaian di Astro Ria agar kekal relevan dan kompetitif dengan penyiar-penyiar serta platform-platform penstriman yang lain.

“Malah, kedudukan Astro Ria sebagai saluran utama kandungan Melayu turut akan diperkuatkan dengan kehadiran slot yang telah menyiarkan antara drama-drama terhebat di negara kita seperti ‘Dendam Seorang Isteri’, ‘Takdir Cinta Dhia’ dan ‘Jesnita’. Lantas kehadiran slot ini pastinya akan memperluaskan demografik penonton di saluran ini,” katanya.

Sidang media 'Isteri Halal' - Gambar Astro
Sidang media 'Isteri Halal' - Gambar Astro

Jelas Norzeha lagi, dengan sentuhan istimewa pengarah Uchee Fukada, dalam memperkasakan drama yang mengangkat peranan wanita sebagai nadi penceritaan, 'Isteri Halal' bakal mencipta fenomena sendiri.

Katanya, dengan gandingan mantap, garapan hebat serta penceritaan berkesan, ‘Isteri Halal’ turut membawa kesinambungan sukses slot Tiara di Astro Ria.

“‘Eyra’ merupakan watak antagonis pertama Uqasha Senrose untuk drama rantaian di Astro. Kami berharap dengan kelainan dalam lakonan Uqasha mampu memukau malah mencetus pelbagai reaksi emosi di kalangan para penonton. 

“Kami juga memaparkan Isyariana Che Azmi sebagai protagonis wanita kami dan semestinya kami teruja melihat penampilan sulung Aidit Noh sebagai pemeran utama slot Tiara serta lakonan Nazim Othman yang telah memberikan impak mendalam terhadap penceritaan ‘Isteri Halal’,” tambahnya.

Dalam pada itu, Uchee Fukada selaku pengarah ‘Isteri Halal’ berkata, tujuan utama drama itu dibuat adalah untuk membuka mata penonton bahawa hidup tidak selalunya indah.

“Walaupun ‘Isteri Halal’ ini diadaptasi dari Filipina, budaya tempatan haruslah kami tampilkan agar relevan dalam kalangan para penonton kita.

“Bukan hanya itu, drama ini turut pasti ada pengajaran berkenaan,  janganlah sekali mengambil lelaki orang mahupun meruntuhkan rumahtangga orang lain. Sebagai manusia, kita percayakan orang tetapi janganlah 100 peratus,” ujarnya.

Penceritaan sepanjang 60 episod ini menceritakan kisah percintaan Adellea dengan Zayn yang ditentang oleh ibu bapa Adellea berdasarkan jurang harta dan kekayaan. 

Demi cintanya, Adellea sanggup meninggalkan kemewahan hidupnya dan mengkhianati pilihan keluarganya untuk melayari bahtera perkahwinan dengan jejaka miskin yang tidak mempunyai status sosial yang tinggi.  

Namun tragedi menimpa apabila bapanya jatuh sakit dan memerlukan perhatian. Nekad untuk menebus kesalahannya, Adellea kembali ke pangkuan keluarganya bersama-sama suaminya. 

Namun, kepulangan Adellea mengundang seribu satu dugaan termasuk kancah pendustaan yang terjadi di antara suaminya dengan sahabat baiknya, Eyra yang menyimpan perasaan cinta terhadap Zayn selama ini. Situasi menjadi lebih tegang dengan hadirnya Daniel.

Dengan pelbagai dugaan mendatang, mampukah Adellea mengharungi segalanya dan menyelamat perkahwinan yang telah menjadi nadi hidupnya buat sekian lama?

‘Isteri Halal’ akan ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 27 Februari 2023, jam 6.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta  On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO. - Getaran, 22 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Uqasha Senrose Umum Hamil Anak Pertama

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

oleh Rahayu MN