web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jurey Latiff Tidak Sangka Telefilem ‘Cenduai’ Arahannya Raih Tontonan 2.1 Juta Di Awesome TV!

Susulan kejayaaan telefilem ini, Jurey Latiff  mengesahkan bakal mempersembahkan sebuah mini bersiri bertajuk ‘Ustaz Akil’ tidak berapa lama lagi.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 8:25PM

Jurey Latiff Rosli - Gambar Awesome TV

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah drama, Datuk Jurey Latiff Rosli tidak menyangka telefilem seram, 'Cenduai' arahannya yang ditayangkan di Awesome TV baru-baru ini berjaya menambat hati penonton drama tempatan Melayu. 

'Cenduai' yang juga merupakan garapan ideanya menampilkan kisah mengenai amalan penggunaan minyak ‘Cenduai’ yang masih terdapat di kalangan segelintir masyarakat Melayu di negara ini secara khususnya.

Cenduai adalah minyak pengasih atau 'guna-guna' untuk memikat hati seseorang.

Gambar ihsan Awesome TV
Gambar ihsan Awesome TV

Telefilem seram ini mendapat sambutan luar biasa berikutan jalan ceritanya yang menarik selain memenuhi cita rasa penonton tempatan ini membuatkan ramai tertunggu-tunggu apa lagi kemunculan telemovie terbaru arahan Jurey Latiff selepas ini.

Ini kerana, garapan idea yang dikongsi Jurey Latiff berjaya menambat hati penonton untuk menonton telemovie yang diterbitkan baru-baru ini yang menampilkan jalan cerita berdasarkan amalan penggunaan minyak ‘Cenduai’ yang masih terdapat di kalangan segelintir masyarakat Melayu negara ini secara khususnya.

Susulan kejayaaan telefilem ini, Jurey Latiff  mengesahkan bakal mempersembahkan sebuah siri ‘Ustaz Akil’ tidak berapa lama lagi.

“Telefilem ‘Cenduai’ ini sebenarnya telah saya hasilkan kira-kira empat tahun lalu, namun ia  baru disiar di Awesome TV dan Alhamdulillah, dapat sambutan  yang luar biasa daripada sangkaan saya.

“Menurut pihak saluran stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV , filem ‘Cenduai’ yang disiar menerusi slot Ohsem Tele, dilaporkan meraih tonton  sejumlah 2.1 juta tontonan.

“Jadi, saya dan tim produksi  saya akan mempersembahkan sebuah lagi, mini siri yang berjudul ‘Ustaz Akil’ tidak lama lagi, yang juga berkisar tentang aktiviti yang bercanggah dengan ajaran Islam. Lebih kurang sama dengan  jalan cerita seperti ‘Cenduai’ ini,” katanya kepada Getaran.

Antara babak menyeramkan ketika mayat dibawa pulang ke rumah. - Gambar ihsan Awesome TV
Antara babak menyeramkan ketika mayat dibawa pulang ke rumah. - Gambar ihsan Awesome TV

Menurut Jurey Latiff, telefilem ‘Cenduai’ mengambil masa yang agak lama untuk disiar di televisyen kerana menunggu kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Katanya, garis panduan penapisan filem mengandungi pernyataan mengenai perkara yang diteliti dalam proses menapis sesebuah filem oleh (LPF). Lagi-lagi bagi filem kategori seram seumpama ini.

“Lazimnya, filem-filem kategori seram ini ada banyak garis panduan yang perlu diikuti, dan memang banyak kekangannya berbanding genre lain.

“Namun, syukur Alhamdulillah, telefilem ‘Cenduai’ ini dapat kelulusan yang bersih, bersih ya! Tiada satu babak pun yang dipotongan, semua babak yang kita shoot, semuanya keluar, tiada potongan babak dilakukan oleh LPF.

“Lagipun negara kita mempunyai masyarakat majmuk yang sangat sensitif dengan isu-isu kepercayaan ini, jadi memang wajarlah kita mempunyai garis panduan yang ketat bagi kebaikan sendiri.

“Kalau tiada garis panduan seperti ini, nanti semua filem atau telefilem mahupun drama-drama yang disiar menjadi satu ajaran yang sesat kepada masyarakat pulak”, ujarnya.

Gambar ihsan Awesome TV
Gambar ihsan Awesome TV

Dalam pada itu, Jurey Latiff turut berkongsi, cerita naskah ‘Cenduai’ ini berinspirasikan filem Jerman yang berjudul ‘Perfume: The Story of a Murderer’.

Telefilem ’Cenduai’ telah pun ditayangkan menerusi slot Ohsem Tele pada 15 Januari lalu.

Diterbitkan Million Works Media Sdn Bhd, ia berkisarkan tentang amalan penggunaan minyak pengasih yang bercanggah dengan ajaran Islam tetapi masih diamalkan secara berleluasa oleh segelintir masyarakat Melayu negara ini secara khususnya. – Getaran, 25 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

‘Penggantungan Awesome TV Tidak Beretika, Salahi Undang-Undang’ - Adam 

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

10 Telefilem Meriahkan Syawal Anda

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Nabila Huda Tetap Promosikan Pelangi Yang Hilang, Walaupun Kena ‘Scam’

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Faktor Masa Punca Awesome TV Digugurkan Daripada Perbarisan Hari Kebangsaan - Fahmi

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa