web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Persembahan Dikritik Hebat Oleh Mas Idayu, Sissy Iman Menangis Di Atas Pentas Famili Duo

Sissy Iman dilihat tidak mampu menahan sebak di atas pentas selepas persembahannya bersama Naim Daniel dikritik hebat oleh Mas Idayu.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2023 8:00AM

Sewaktu diminta untuk bercakap, Sissy Iman dilihat teresak-esak dan tidak mampu berkata-kata selain hanya kata maaf.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya kelantangan Mas Idayu bersuara sebagai juri pertandingan nyanyian telah menyebabkan seorang lagi selebriti yang menumpahkan air mata di atas pentas.

Jika dulu Baby Shima pernah menjadi mangsa kritikan pedasnya dalam satu program hiburan di Indonesia, kali ini Sissy Iman dan Naim Daniel pula menerima nasib yang sama.

Pasangan duo ini telah menyampaikan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini yang diubah menjadi lagu irama keroncong.

Tetapi nampaknya kreativiti mereka kurang menjadi sehingga dikritik hebat oleh Mas Idayu yang merupakan juri profesional untuk program berkenaan.

“Mummy nak tanya ini minggu ke berapa? Awak buat apa malam ni? Awak patutnya cari lagu yang sesuai dengan awak.

“Dari awal awak dah berkasar dengan lagu ni. Patutnya awak kena lembut sebab ini lagu tradisional. Mummy tahu awak cuba buat perubahan. Dan Mummy antara orang yang nak tengok persembahan awak.

“Mummy betul-betul rasa nak marah sebab mummy sayangkan kamu berdua. Tapi apa kau buat malam ni? Semua mummy tengok tak cantik, semua mummy tak suka,”komennya penuh emosi dan hanya memberikan 4 markah kepada Naim dan Sissy.

Selepas mendapat kritikan pedas dari juri, Sissy dilihat tidak dapat menahan sebak dan menangis di atas pentas. Sewaktu diminta untuk bercakap, dia dilihat teresak-esak dan tidak mampu berkata-kata selain hanya kata maaf.

Disebabkan situasi yang membuatkan ramai tercengang ini dan sekelip mata nama Mas Idayu telah menjadi bualan hangat netizen.

Rata-rata netizen telah mengecam tindakannya yang dianggap terlalu kasar memberikan komen serta memalukan peserta yang sudah bertaraf selebriti, bukannya amatur.

Malah, mereka juga turut membandingkannya dengan juri pertandingan nyanyian yang lain seperti Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli MS yang lebih berhemah dalam memberikan kritikan kepada peserta.

Semoga Naim Daniel dan Sissy Iman terus kuat dan bersemangat untuk terus berjuang dalam pertandingan ini. Jadikan segala kritikan sebagai pembakar semangat untuk memberikan persembahan yang terbaik. - Getaran, 23 Januari 2023.

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Bukan 'The Jebats', Tetapi 'The Jamals' Yang Dinobatkan Sebagai Juara Famili Duo Musim Kedua

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Walau Diselubungi Kontroversi, Sissy Iman-Naim Daniel, Fyna-Ayda Jebat Berjaya Mara Ke Final

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Bella Astillah Dedah Aktres Jelita 'Berani Mati' Mengaku Suka Pada Suaminya

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Bukan Gimik Untuk Lariskan Album - Sissy Imann Nafi Sengaja Cetuskan Drama ‘Kecewa’

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon