Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Pengarah Dan Kru Kerja Lebih Lama Daripada Pelakon’ - Yusry Ulas Isu Pelakon Dilenjan 20 Jam

Yusry setuju bahawa tempoh 20 jam itu melampau, tetapi juga berkata kadang kala tempoh penggambaran yang terpaksa dilanjutkan tidak dapat dielakkan.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2023 4:00PM

Yusry berkata beliau menetapkan tempoh penggambaran maksimum selama 12 jam sehari. - Gambar oleh Azrul Rafie

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Isu mengenai  pelakon ‘dilenjan’ untuk bekerja lebih masa iaitu selama 20 jam di set penggambaran telah mula mendapat perhatian ramai selepas pelakon Sharnaaz Ahmad bersuara mengenainya baru-baru ini.

Dalam hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya, Sharnaaz berkata, perkara ini tidak seharusnya terjadi dalam produksi dan dia juga hairan bagaimana syarikat produksi ini mendapat lesen. Dia juga meminta supaya FINAS dan SENIMAN untuk memantau perkara ini dengan lebih teliti.

Perkara ini bagaimanapun mendapat reaksi berbeza dalam kalangan karyawan dan penggiat industri seni.

Bagi Datuk Yusry Abdul Halim, apabila dia memegang topi sebagai pengarah, dia hanya meletakkan limit sehingga 12 jam sahaja waktu kerja sehari.

Namun begitu, katanya kadangkala berlaku situasi di luar kawalan, di mana tempoh penggambaran terpaksa dilanjutkan.

“Dua puluh jam itu agak melampau jika dilakukan setiap hari. Macam saya akan beri tempoh penggambaran selama 12 jam, baki 12 jam lagi adalah masa untuk berehat. Tetapi kadang-kadang ada juga terlajak. Tetapi apa yang saya akan lakukan keesokan harinya, penggambaran akan bermula lewat.

“Jika terpaksa lanjutkan tempoh penggambaran, perlu ada perbincangan di antara pengarah dan pelakon. Supaya kedua-dua belah pihak setuju,” katanya ketika ditemu di majlis pelancaran drama bersiri ‘Legenda Puteri Qaseh’.

Yusry di majlis pelancaran drama bersiri ‘Legenda Puteri Qaseh’. Gambar oleh Azrul Rafie
Yusry di majlis pelancaran drama bersiri ‘Legenda Puteri Qaseh’. Gambar oleh Azrul Rafie

Katanya lagi, tidak terdapat di dalam kontrak durasi bekerja setiap hari melainkan dipersetujui secara lisan.

“Selalunya tanggungjawab seorang pelakon adalah menghabiskan tuntutan wataknya mengikut tempoh yang telah ditetapkan sehingga pengarah dan penerbit berpuas hati dengan komitmen persembahan mereka.

“Tetapi pada  masa yang sama kita ikut budi bicara. Jika pengarah ingin teruskan tetapi pelakon beritahu mereka sudah tak larat, sebagai pengarah, kita kena cari jalan penyelesaian yang lain.

“Saya juga pernah terpaksa menggunakan pelakon ‘body double’ kerana ada pelakon yang beritahu mereka sudah tidak larat untuk teruskan.

“Tetapi, sebagai pelakon jika anda telah setuju untuk terima sesuatu watak dalam sebuah produksi, saya rasa tak patut untuk laporkan kepada media tentang isu ini,” ujarnya.

Tambah Yusry lagi, bukan pelakon sahaja yang perlu kerja lebih masa, tetapi pengarah dan kru juga sama. Malah, mereka perlu bekerja lebih lama berbanding pelakon.

“Kalau pelakon kerja 20 jam, anda rasa pengarah kerja berapa jam? Pengarah sampai sebelum pelakon. Bila dah habis penggambaran, pengarah ada diskusi bersama produksi dan penerbit.

“Pengarah dan kru perlu bekerja setiap hari. Pelakon hanya bekerja jika ada babak yang membabitkan mereka. Mungkin hari ini mereka selesai penggambaran tetapi esok mereka tiada babak yang terlibat.

“Saya pernah bekerja sebagai pengarah untuk sebuah drama bersiri di mana setiap hari kami lakukan penggambaran sehingga saya dan kru rasa penat.

“Jadi ketika itu, saya minta pelakon yang terlibat supaya habiskan seberapa banyak babak yang boleh dalam masa hari supaya kru dapat bercuti. Para pelakon yang terlibat setuju dan memberikan komitmen. Semuanya berlaku atas budi bicara kedua-dua belah pihak,” kongsinya.

Jelas pengarah filem ‘Cicakman’ ini lagi, sebagai seorang pelakon anda boleh menetapkan syarat sebelum mengambil sesuatu tawaran dan memberi contoh isterinya sendiri iaitu Datin Lisa Surihani yang menetapkan tempoh penggambaran selama 12 jam sahaja.

“Saya rasa ramai pelakon senior dah ada syarat-syarat mereka sendiri sekarang. Contohnya macam Lisa. Kenapa dia jarang berlakon sekarang kerana dia cuma mahu jalani penggambaran selama 12 jam sahaja.

“Ada produksi yang boleh terima anda juga produksi yang meminta pertimbangan andai ada hari yang terpaksa kerja lebih masa.

“Ada juga hari yang Lisa terpaksa kerja lebih daripada 12 jam. Tetapi dia tak angkat kaki tinggalkan set. Dia teruskan sampai habis penggambaran. Yang penting kedua-dua belah pihak sudah faham situasi masing-masing,” kongsinya.

Dalam perkembangan lain, Yusry bakal muncul dalam drama bersiri Legenda Puteri Qaseh yang akan disiarkan di saluran Astro Ceria bermula 9 Januari ini. Namun penampilannya dalam drama itu hanyalah sebagai penampilan khas di samping isteri, Lisa Surihani. - Getaran, 6 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

2

Selebriti 8 bulan yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

3

TARA 10 bulan yang lalu

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Pelakon Hafidz Roshdi Disahkan Waras, Layak Dibicara Cederakan Isteri

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Budaya 8 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 12 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar