Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


3 Saluran Drama, Filem dan Program Korea Di Astro Tampilkan ‘Oppa’ Baru Dan Lama Yang Digemari 

Daripada aksi, komedi, seram dan thriller, semua genre ini dapat anda saksikan menerusi saluran TVN, H-Plus dan tvN Movies. 

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2022 6:00PM

Pelbagai drama, filem dan program terhangat Korea, masih dan bakal ditayangkan sepanjang cuti panjang hujung tahun kali ini. - Gambar tvN/tvN Movies

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bulan Disember sudah pun menjengah ke pertengahan sebelum 2022 menutup tirainya bagi meraikan kedatangan 2023. 

Sepanjang bulan ini, pelbagai drama, filem dan program terhangat Korea, masih dan bakal ditayangkan sepanjang meraikan cuti panjang hujung tahun. 

Daripada aksi, komedi, seram dan thriller, semuanya dapat anda saksikan menerusi saluran tvN (Saluran 395 HD), ONE (Saluran 393 HD), K-Plus (Saluran 396 HD), dan tvN Movies (Saluran 416 HD).

Daripada Oppa kegemaran ramai sehinggalah Oppa kegemaran baharu, semuanya dapat anda saksikan di ketiga-tiga saluran ini. 

Phantom School

Bagi penggemar aksi fantasi, Phantom School, menampilkan penyanyi popular Im So-eun yang lebih dikenali NC.A (UNI.T), Tan (Ciipher), Im Sung-Kyung, Kin Seo-Yeon dan Cha Jae-Hoo.

Drama fantasi yang sudah mula  ditayangkan sejak 1 Disember  ini membawa kisah tentang hantu yang cuba membawa huru-hara ke dunia dengan mengawal manusia yang terjebak dalam masalah berkeinginan lebih dan seorang pemburu hantu yang cuba melindungi keamanan dunia dengan mencari dan menangani hantu tersebut.

Recipe For Farewell

Sebuah drama kekeluargaan yang menyentuh hati, 'Recipe For Farewell' yang memulakan tayangan sejak 2 Disember lalu di saluran TVN  ini dibarisi pelakon Suk-kyu dan Kim Seo-hyung, Jin Ho-eun 

'Recipe For Farewell' ini mengisahkan tentang seorang suami yang tidak tahu memasak tetapi menyediakan hidangan setiap hari untuk isterinya yang disahkan menghidap kanser terminal selepas mereka berpisah.

Lovely Horribly

Pastikan anda tidak terlepas menyaksikan gandingan mantap pasangan serasi gandingan Song Ji Hyo dan Park Si Hoo menerusi kisah ‘Lovely Horribly’ di saluran KBS World. 

Seorang lelaki dan seorang wanita terikat dengan nasib yang luar biasa: kebahagiaan seseorang sentiasa mengakibatkan musibah kepada orang lain. 

Kedua-dua mereka menulis drama bersama-sama dan peristiwa yang ditulis secara misteri mula berlaku dalam kehidupan sebenar.

Drama ini sudah mula ditayangkan sejak 6 Disember lalu, setiap Selasa hingga Jumaat, jam 11.05 malam di Astro On Demand dan Astro Go!

Work Later, Drink Now 2

Penggemar drama yang penuh ‘chaos,’ pastikan anda tidak terlepas menonton 'Work Later, Drink Now 2' yang membawa kisah tentang tiga sahabat karib wanita yang mempunyai latar belakang kerjaya yang berbeza.

Mereka bekerja sebagai penulis skrip rancangan TV, pengajar yoga dan personaliti origami YouTube, tetapi tiada yang lebih penting bagi mereka selain menikmati minuman selepas bekerja. 

Mereka akan berkumpul dan berkongsi kehidupan seharian dari topik kerja hingga cinta, termasuk cerita menarik.

Drama bergenre komedi ini, diadaptasi daripada komik online popular dengan judul yang sama serta dibintangi Lee Sun-bin, Han Sun-hwa, Jeong Eun-ji (Apink), Choi Si-won (Super Junior) dan Yoon Shi-yoon, I aditayangkan di saluran TVN sejak 10 Disember. 

Reborn Rich

Tidak kurang hebatnya, saluran ONE  menampilkan siri 'Reborn Rich’ yang paling dinantikan peminat Kpop apabila dibarisi  Oppa handsome kegemaran ramai Song Joong Ki, Shin Hyun-Bin dan ramai lagi.

Selepas sedekad berkhidmat secara berdedikasi kepada Kumpulan Soonyang dan keluarganya, Yoon Hyun Woo (Song Joong Ki) telah dikhianati oleh naib pengerusi. Suatu hari, dia dibunuh hanya untuk dijelmakan semula ke dalam tubuh Jin Do Joon. 

Drama bersiri ini sudah mula ditayangkan sejak  20 Disember, setiap Selasa dan Rabu, jam 8.05 malam di Astro On Demand dan Astro Go!

Missing: The Other Side

Selepas dua tahun, siri ini kembali untuk musim kedua dengan gandingan Go Soo, Heo Joon Ho, Ahn So Hee, dan lebih banyak lagi memainkan peranan mereka.

Musim kedua siri 'Missing: The Other Side' di ditayang 24 jam selepas Korea, bakal menampilkan jalan cerita yang lebh misteri dan seram di  saluran TVN, setiap Selasa dan Rabu jam 9.15 malam.

Dalam musim ke-2, Kim Wook dan Jang Pan-seok cuba menjejaki mayat yang hilang dan mencari kebenaran di sebalik kematian mereka.

The Witch Store Reopens

Sebuah lagi drama di K-Plus (saluran 396 HD) yang menampilkan muka-muka baharu artis K-Pop yang bakal bermula tayangan pada 24 Disember adalah 'The Witch Store Reopens'.

Membawa kisah Ji-ho, seorang pelajar sekolah menengah yang pemalu dan tidak punya cita-cita, namun berjuang untuk menyelamatkan sebuah kedai dengan bertemu ahli sihir Hae-na, pemilik kedai sihir yang hampir ditutup. 

Drama komedi percintaan remaja ini dihasilkan untuk menarik minat golongan remaja apabila ia menampilkan golongan sesuai yang sanggup  berubah dan berkembang melalui persahabatan dan cinta.

Jangan lupa saksikan drama yang bersir ini yang dibintangi Jung Ye-rin (Gfriend), Kim Yong-Hee (CIX), Kwon Ah-Reum, Seo Jun dan Kim Ye-Rin.

The Witch Part 2: The Other One

Khas buat penggemar filem Korea, jangan lupa saksikan filem aksi terbaharu, The Witch Part 2: The Other One pada 31 Disember, jam 10 malam disalran TVN,  On Demand dan Astro GO

Filem ini adalah sekuel kepada The Witch Part 1: The Subversion, yang mengisahkan tentang seorang remaja perempuan bernama Koo Ja Yoon yang melarikan diri daripada  menjalani beberapa siri ujian untuk meningkatkan keupayaan mentalnya.

Filem The Witch Part 2: The Other One menampilkan lakonan mantap Oppa kegemaran ramai, Lee Jong Suk Shin Sia, Park Eun-Bin, Seo Eun-Soo, Jin Goo dan Sung Yu-Been.

Seorang gadis misteri keluar dari makmal penyelidikan rahsia buat kali pertama dalam hidupnya. Tiada tempat untuk perg dan dia secara rawak menerima bantuan daripada dua orang awam dan dibawa ke ladang mereka, di mana di situ dia cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan biasa. 

Tetapi naluri untuk terus hidup bermula apabila sekumpulan pembunuh menjejaki dirinya demi mencapai matlamat mereka sendiri.

Program menarik sepanjang Disember ini pastinya membuat penonton dan peminat K-drama tidak sabar dan teruja. - Getaran, 22  Disember 2022
 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

Sorotan

1

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

2

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

3

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

4

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

5

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

6

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

7

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

"Hentikan Kenduri Selak Kain, Sarah Dan Aliff Sila Berambus Dari Malaysia" - Erma Fatima

oleh Helmi Anuar

Selebriti 22 jam yang lalu

Irma Hasmie, Redza Sudah Bercerai - Teman Baik

Pasangan itu disahkan bercerai enam bulan lalu dalam perkongsian di akaun Instagram Reen Emran

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 1 hari yang lalu

Masdo Bakal Gegarkan Resorts World Awana Dengan Konsert Percuma 

Bakal berlangsung pada 25 Mei ini, konsert adalah eksklusif untuk ahli Kad Genting Rewards

oleh Rahayu MN

Selebriti 18 jam yang lalu

Jadilah Wanita Yang 'Mahal',  Usah Bergaduh Rebut 'Buaya' - Thalia Baiduri

oleh Sophia Ahmad