Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pengalaman Sinematik Menakjubkan Selama 3 Jam Dalam 'Avatar 2 : The Way Of Water' 

James Cameron sekali lagi mencipta magis menerusi buah tangan terbarunya, 'Avatar 2 : The Way Of Water' yang pastinya membuatkan anda melekat selama tiga jam di dalam panggung melayan sinematografi serta kisah yang hebat. 

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2022 2:13PM

'Avatar 2 : The Way Of Water' kini boleh ditonton di pawagam seluruh negara - Gambar ihsan Disney Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem sekuel yang paling ditunggu-tunggu sejak tahun 2009 iaitu Avatar 2 : The Way Of Water kini telah pun menjengah peminat seluruh dunia di pawagam bermula 15 Disember 2022.

Selepas kejayaan filem pertamanya yang telah memecah rekod sebagai filem paling laris di dunia, pencipta serta pengarah filem ini iaitu James Cameron mengambil masa selama lebih satu dekad untuk menghasilkan sekuel ini. 

Khabarnya, filem sekuel ini telah dihasilkan untuk dua sekuel sekali gus, namun bahagian ketiga hanya akan ditayangkan pada tahun 2024. 

Jika filem Avatar pertama penonton diperkenalkan dengan keindahan planet Pandora yang didiami oleh makhluk berwarna biru berketinggian 10 kaki, untuk sekuel ini James membawa penonton meneroka di bahagian lain planet Pandora iaitu penempatan laut. 

Penonton akan bakal terpukau dengan keindahan lautan yang dicipta oleh James yang pastinya akan memberikan pengalaman sinematik yang hebat sepanjang tiga jam anda duduk di kerusi panggung. 

Avatar 2 : The Way Of Water dibuka dengan kisah Jake Sully (Sam Worthington) yang kini hidup bahagia bersama Neytiri (Zoe Saldana). Mereka telah dikurniakan empat cahaya mata di mana salah satu darinya merupakan anak kepada Dr Grace Augustine yang telah dijadikan anak angkat oleh Jake dan Neytiri.

Memiliki dua anak lelaki dan dua anak perempuan membuatkan Jake kini lebih sebati menjadi sebahagian daripada puak Na’vi. Dia cuba menjalankan tanggungjawab sebagai ayah dan ketua keluarga sebaik mungkin.

Jake Sully Sekeluarga
Jake Sully Sekeluarga

Namun kebahagian yang dinikmati Jake rupanya hanya sementara apabila Kolonel Miles Quaritch (Stephen Lang) yang pernah dibunuh Neytiri dalam filem pertama kini kembali hidup dan berubah menjadi menjadi ‘biru’ persis puak Na’vi selepas dibangkitkan semula oleh RDA.

Miles kini memburu Jake demi membalas dendam atas apa yang berlaku kepadanya sebelum ini. 

Kolonel Miles
Kolonel Miles

Di Pandora, seorang budak lelaki bernama Spider telah tinggal bersama mereka kerana dia tidak boleh dihantar pulang ke Bumi kerana masih bayi. Spider membesar bersama anak-anak Jake dan mereka menjadi teman baik. Spider merupakan anak kepada Miles.

Spider
Spider

Pada satu hari, ketika keluar bersiar-siar, anak-anak Jake telah ditangkap oleh Miles dan konco-konconya namun berjaya diselamatkan oleh Jake dan Neytiri. Tetapi Miles berjaya menangkap Spider dan dibawa ke makmal mereka untuk mendapatkan maklumat mengenai Jake. 

Jake yang rasa terancam dengan kehadiran Miles telah membuat keputusan untuk meninggalkan penempatannya dan membawa keluarganya jauh ke perkampungan laut yang terletak di Metkayina.

Kehadiran mereka sekeluarga mengundang reaksi pelik dari penduduk Metkayina kerana mereka merupakan puak yang tinggal di rimba dan berwarna biru yang lebih gelap serta mempunyai ekor yang berlainan bentuk. Manakala penduduk Metkayina pula berwarna biru cerah dan mempunyai ekor mirip ekor ikan. 

Jake bersama Tonowari dan Ronal
Jake bersama Tonowari dan Ronal

Namun, Jake meminta pertolongan dan perlindungan dari Tonowari (Cliff Curtis) yang merupakan ketua di Metkayina. Biarpun dihalang oleh isterinya iaitu Ronal (Kate Winslet), namun disebabkan Tonowari mengetahui kisah perjuangan Jake yang pernah berperang menyelamatkan penduduk Pandora, dia bersetuju untuk memberikan perlindungan. 

Kini, Jake sekeluarga perlu belajar untuk hidup sebagai orang laut dan cuba mengadaptasi kehidupan yang berlainan dari cara hidup mereka sebelum ini. Sama seperti Jake, Tonowari juga mempunyai anak lelaki dan perempuan. Dan mereka telah mengajar anak-anak Jake untuk menyelam dan hidup cara orang laut. 

Kehidupan di laut
Kehidupan di laut

Di saat mereka fikir semuanya telah selamat, Miles telah berjaya menjejak kedudukan mereka dan penemuan ini telah mencetuskan perang di antara penduduk langit dan puak Metkayina.

Dapatkan mereka sekeluarga menyelamatkan diri dari dibunuh oleh Miles? Itu anda perlu saksikan sendiri di pawagam. 

Sejujurnya penulis rasa kagum sepanjang lebih tiga jam duduk di kerusi panggung biarpun terpaksa memakai kaca mata 3D dan menahan kesejukan serta menahan diri dari pergi ke tandas kerana enggan ketinggalan walau satu babak dalam filem ini.

Filem ini telah digarap dengan sangat baik oleh James dan seluruh pasukan produksinya. Menonton filem ini dari awal hingga akhir, terasa seperti satu pengembaraan ke alam fantasi yang sungguh menakjubkan terutamanya babak yang melibatkan hidupan laut. 

James juga berjaya menjentik emosi penonton dengan watak-watak yang diciptanya kali ini terutamanya yang melibatkan hubungan kekeluargaan sekali gus membuatkan filem ini terasa dekat dengan kita. 

Sesekali, penulis terimbas kenangan menonton filem Titanic yang juga merupakan filem arahan James apabila membabitkan babak-babak yang menyentuh emosi serta babak yang melibatkan laut.

Perasaan yang sama ketika menonton filem Titanic dahulu ada tatkala menonton filem ini. Penuh debaran dan meruntun jiwa sehingga mampu mengalirkan air mata. 

Pemilihan Kate Winslet untuk membawakan watak Ronal juga menambah keterujaan untuk menonton filem ini. Ini merupakan kerjasama kedua James dan Kate selepas filem Titanic yang ditayangkan pada tahun 1997. Dan Kate telah memecah rekod Tom Cruise untuk melakukan babak di dalam air dengan menahan nafas selama tujuh minit menjadikannya sebagai pelakon yang berjaya menahan nafas paling lama untuk babak dalam air di dunia. 

Di sebalik tabir penggambaran Avatar 2
Di sebalik tabir penggambaran Avatar 2

Antara yang menarik tentang filem Avatar 2 ini ialah James berjaya menonjolkan kekuatan kedua-dua jantina. Watak wanita dalam filem ini digambarkan sebagai seorang yang kuat, penuh kasih sayang dan sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang mereka kasihi biarpun sesekali mereka dikawal oleh emosi. 

Tuntasnya, filem Avatar 2 : The Way Of Water adalah antara pengakhiran dan boleh dikatakan pelaburan terbaik anda sebagai penutup tahun 2022. 

Jika anda idamkan sebuah filem yang memberikan satu pengalaman sinematik yang menakjubkan, inilah filem yang paling tepat buat anda. 

Lebih enak ditonton dalam versi 3D di panggung IMAX. Filem ini juga sangat sesuai untuk ditonton seisi keluarga kerana memaparkan kisah kekeluargaan yang sangat dekat dengan diri manusia. Selamat menonton! – Getaran, 15 Disember 2022

Rating : 5 Getar

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 2 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

Sorotan

1

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

2

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Irma Hasmie, Redza Sudah Bercerai - Teman Baik

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 1 hari yang lalu

Masdo Bakal Gegarkan Resorts World Awana Dengan Konsert Percuma 

Bakal berlangsung pada 25 Mei ini, konsert adalah eksklusif untuk ahli Kad Genting Rewards

oleh Rahayu MN

Filem & TV 9 jam yang lalu

Tiada Lelaki Itu 2, Erma Akui Tiada Untung Kerana Bayaran Pelakon Mahal 

Biarpun drama Lelaki Itu menerima capaian di media sosial sebanyak 1.13 bilion, namun Erma enggan menyambung drama itu untuk musim kedua

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Jadilah Wanita Yang 'Mahal',  Usah Bergaduh Rebut 'Buaya' - Thalia Baiduri

oleh Sophia Ahmad