web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fattah Terkejut Dinobat Aktor Terbaik World Film Carnival Singapore 2021

Kami terkejut juga. Tahniah di atas kemenangan ini, Fattah!

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2021 4:45PM

Gambar: Ihsan Universal

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah pelakon Fattah Amin siapa yang tahu apabila beliau baru sahaja dinobatkan sebagai Aktor Terbaik di World Film Carnival 2012 Singapore menerusi filem Miimaland.  

Mengulas kemenangannya itu, Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin meluahkan rasa terkejut dengan kejayaan yang ditempanya setelah sedekad dalam industri.

"Memang saya tidak sangka. Secara jujur, masih banyak lagi yang perlu saya belajar daripada bidang lakonan. Ini bukanlah yang terbaik kerana masih ada filem saya belum ditayangkan dan saya tidak sabar untuk menyaksikan hasilnya. 

“Bagaimanapun, saya anggap kemenangan ini rezeki kerana ini adalah julung kali lakonan saya mendapat pengiktirafan peringkat di antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut penyanyi lagu 'Kiriman Agung' ini, kemenangannya itu juga mencatat momen manis buat filem Miimaland yang sebelum ini banyak merangkul anugerah di festival filem luar negara.

Miimaland sebelum ini pernah memenangi beberapa anugerah di festival filem luar negara. Awal bulan ini, naskhah ini dinobatkan sebagai Filem Seram Terbaik pada AltFF Alternative Film Festival Spring 2021 di Toronto, Kanada. Karya sentuhan Nevin Hiong ini juga berjaya menggondol trofi Pengarah Terbaik selain menjadi finalis bagi kategori Sinematografi Terbaik,” ujar Fattah.

WFC adalah sebuah medium yang menyokong pembikin filem bebas untuk mengembangkan karier mereka dalam bidang yang sangat kompetitif ini dengan mempamerkan karya mereka di platform global yang memberi mereka pengiktirafan dan penghargaan.

WFC juga berperanan sebagai platform besar untuk artis-artis baharu dan juga menjadi tempat pembuat filem terkenal di seluruh dunia berkumpul dan bertukar idea.

Tahniah kami ucapkan kepada Fattah! - Getaran, 23 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN