web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jaclyn Victor Dinobat Sebagai Juara GV9, Ini Penjelasan Juri Tetap

Kemenangan Jaclyn Victor sudah diduga ramai sejak namanya diumumkan sebagai salah seorang peserta GV9.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2022 9:03AM

Jaclyn Victor - Gambar ihsan Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menepati ramalan ramai sejak namanya diumumkan sebagai salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Jaclyn Victor telah dinobat sebagai juara program hiburan nombor satu Astro itu malam tadi.

Jaclyn atau lebih mesra disapa dengan panggilan Jac telah menewaskan lima lagi pesaingnya iaitu Bob Yusof yang bergelar naib juara, Shila Amzah tempat ketiga, Tomok di tangga keempat, kumpulan VE di tempat kelima dan Hazrul Nizam tempat keenam. 

Sebagai juara, Jac membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM100,000, pakej percutian ke luar negara beserta trofi.

Pada malam konsert akhir itu, Jac telah membuat dua persembahan berasingan secara solo dan 'battle'. 

Untuk segmen solo, Jac menyampai lagu 'It's All Coming Back To Me Now' dari Celine Dion yang telah digabung dengan lagi 'This Is Me' dari Keala Settle. 

Dalam segmen 'battle' bersama kumpulan VE pula, Jac telah menyampaikan lagu 'The Real Slim Shady' dari Eminem dan 'Sang Saka Biru' dari Joe Flizzow, Sona One, Altimet dan Alyph.

Menurut ketua juri iaitu Datuk Ramli MS, Jac mempamerkan persembahan yang cemerlang untuk kedua-dua segmen berbanding pencabar terdekatnya iaitu Bob Yusof dan Shila Amzah. 

"Jac membuat persembahan yang sangat baik untuk lagu solo. Manakala untuk segmen 'battle' pula saya sangat terkejut dengan kebolehan dia. Dia punya 'attitude' untuk membawakan lagu itu sangat bagus. Dia serasi bersama VE. Baju dia juga sangat cantik.

"Untuk Bob pula dia punya persembahan solo sangat bagus. Tetapi untuk 'battle', Jac lebih bagus. 

"Tetapi jika ditanya siapa yang paling bagus untuk segmen 'battle' menyanyikan lagu rap, saya akan cakap Shila Amzah. Markah untuk lagu rap dia sangat tinggi. Tetapi untuk solo kurang," katanya ketika ditemui di sidang media. 

Sementara itu bagi Jaclyn Victor, dia memberitahu bahawa perasaannya pada ketika ini bercampur-baur selepas dinobatkan sebagai juara. 

"Saya sangat lega, sedih dan gembira. Macam-macam saya rasa sekarang ini. Pertandingan ini sangat hebat. Sumpah saya tak tipu.

"Seperti yang semua tahu, pada mulanya saya memang tak mahu menyertai pertandingan ini. Tetapi bila saya fikirkan semula, memang saya tak akan pernah menyesal memilih untuk menyertai pertandingan ini," katanya.

Ditanya apakah cabaran ketika membuat persembahan di peringkat akhir, kata Jac dia sangat fokus untuk lagu rap terutamanya lagu 'The Real Slim Shady'.

"Lagu ini sangat pelik dari segi 'timing' kelajuan dan sebagainya. Setiap hari saya makan, tidur dan hafal lagu 'Slim Shady'," kongsinya. 

Berikut adalah markah keseluruhan kesemua finalis GV9. Jaclyn Victor (85.86 peratus), Bob Yusof (76.28 perarus), Shila Amzah (76.02 peratus), Tomok, (75.83 peratus), VE (72.39 peratus), dan Hazrul Nizam (69.75 peratus). 

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. - Getaran, 28 November 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Big Stage 2023 : COEX Dapat Markah Tercorot, Namun Terselamat Kerana Tiada Penyingkiran, Tok Ram Suruh Berlatih 100 Hari

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Saya Ingin Bersama Tom Sampai Keluar Uban Saya, Sampai Akhir Hayat – Fuad Rahman

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Saya Mohon Hentikan Semua Kenyataan Yang Berbaur Tohmahan Dan Tuduhan - Zaf VE 

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas