Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cecah Episod 1000, Filem 'Detective Conan: The Scarlet Bullet' Temui Penonton

Sirinya sudah sampai episod ke-1000. Terbaharu, filem ke-24 dari siri animasi Jepun ini yang bertajuk 'Detective Conan: The Scarlet Bullet' ditayangkan. Dahsyat!

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2021 2:20PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kalau anda lahir pada tahun 90-an seperti kami, mesti anda sudah mengenali sebuah animasi bertajuk Detective Conan yang muncul pada tahun 1994. 

Asalnya, ia hanya sebuah komik yang kemudian diadaptasi menjadi sebuah episod siri kartun di televisyen. Tapi kerana jalan ceritanya yang sangat menarik, ia kemudian meledak dan digemari ramai sehingga berjaya mengekalkan jenama kartun ini selama dua dekad berturut-turut.

Bulan lalu, siri animasi ini sudah pun menayangkan episod ke-1000 mereka. Ini memang dahsyat. Terbaharu, produksi filem animasi Jepun ini kembali membawakan filem ke-24nya yang bertajuk, Detective Conan: The Scarlet Bullet.

Kalau namanya detektif, sudah tentulah anda bakal disajikan dengan aksi mendebarkan dan juga teori-teori kepintaran Conan menyelongkar kelicikan seperti filem-filem mereka sebelum ini. 

Detective Conan: The Scarlet Bullet menceritakan tentang satu acara terbesar di Jepun iaitu Sukan Dunia (WSG) di Tokyo. Mereka kemudian membina sebuah kereta api super-konduktif tiub vakum pertama yang diberi nama Japanese Bullet yang lengkap dengan teknologi terkini. 

Produk terbaharu kebanggaan negeri matahari terbit itu bakal dilancarkan pada hari pembukaan WSG yang bersejarah itu. Tiba-tiba satu demi satu berita penculikan membabitkan pegawai eksekutif tertinggi berlaku. 

Rupa-rupanya hal yang sama pernah terjadi semasa WSG 15 tahun lalu yang ketika ia berlangsung di Boston. 

Jadi filem ini membawa anda untuk bersama-sama memikirkan strategi yang diguna pakai oleh Organisasi Hitam yang selalu memulakan jenayah. 

Pada pendapat penulis, jika anda tidak menonton filem Conan sebelum ini seperti The Scarlet Alibi, anda akan tetap boleh memahami isi penceritaan The Scarlet Bullet dengan baik kerana ia tidaklah menujukkan apa-apa kesinambungan yang banyak. 

Jika anda tidak pernah menonton langsung siri animasi Conan, anda juga  boleh memahami siapakah Conan kerana ada diselitkan beberapa bahagian jungkir balik bagaimana tubuh Conan tiba-tiba mengecil.

Cumanya, sebagai filem ke-24 Conan, penulis menjangkakan adalah sesuatu yang lebih besar bakal dibawakan oleh produksi Detective Conan. 

Sedikit terkilan apabila animasi dalam filem yang dipentaskan hari ini masih sama dengan siri animasi kartun di dalam televisyen yang ditonton 10 tahun sudah. 

Betapa lebih segarnya jika filem animasi ini dipersembahkan dalam bentuk nyata ala siri Sherlock. Jika mereka mahu mengekalkan animasi, alangkah indahnya kalau kualiti kartunnya seperti Demon Slayer- Kimetsu no Yaina. Apalagi jika usia Detective Conan sudah mencecah episod ke-1000.

Namun begitu, aksi dalam filem ini wajar dipuji. Conan masih tetap cerdas merungkai plot yang menghubungkan kewujudan bullet train tersebut dengan keluarga Akai, FBI dan rakan-rakan. 

Cuma, filem Conan sebelum ini pun mesti terkait benda yang sama iaitu keluarga Akai, pihak FBI dan Organisasi Hitam. Mungkin kerana mereka adalah karakter wajib yang mesti ada dalam setiap filem. 

Kami yakin, Detective Conan pasti akan dibawa ke layar lebar beberapa tahun akan datang dengan tema yang lain. 

Kami amatlah ternanti-nanti pembaharuan dalam animasi filem yang bakal mereka tonjolkan setaraf dengan usia mereka di dalam bidang ini yang sudah menjangkau lebih dua dekad. - Getaran, 20 April 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

Sorotan

1

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

2

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

3

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

5

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

6

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

7

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN

Muzik 2 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 7 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 20 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran