web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


The Fabulous Live Of Bollywood Live Dihasilkan Tanpa Skrip, Neelam Kothari Teruja Terima Kejutan Ranveer Singh 

Siri program realiti 'The Fabulous Lives of Bollywood Wives' telah pun memasuki musim yang kedua di Netflix. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 8:23PM

Gambar Instagram Neelam Kothari 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siri program realiti 'The Fabulous Lives of Bollywood Wives' telah pun memasuki musim yang kedua di Netflix. 

Ia menyelongkar kerjaya, kehidupan peribadi serta persahabatan di antara empat selebriti wanita Bollywood iaitu Neelam Kothari, Maheep Kapoor, Seema Sajdeh dan Bhavana Pandey. 

Neelam yang pernah muncul dalam filem Kuch Kuch Hota Hai adalah isteri kepada aktor Samir Soni, Maheep pula suaminya adalah aktor Sanjay Kapoor, Bhavana Pandey bersuamikan aktor Chunky Pandey, manakala Seema Sajdeh adalah bekas isteri kepada aktor Sohail Khan yang juga adik Salman Khan. 

Dalam satu wawancara bersama E! Times, Neelam mendedahkan, siri program realiti yang mereka jayakan itu dihasilkan tanpa skrip.  

Gambar Instagram Neelam Kothari 
Gambar Instagram Neelam Kothari 

“Pencipta kandungan ini hanya memberitahu kami di mana lokasi diadakan dan kami akan berbincang tentang isu-isu yang akan kami bawakan. 

“Sama ada kami akan bergaduh atau menangis, semua itu mereka serahkan kepada kami bulat-bulat. Daripada perbincangan itulah, segalanya menjadi nyata di dalam program ini,” katanya.

Apa yang menarik dalam musim kedua kali ini, Neelam telah menerima kejutan apabila dipertemukan dengan aktor Ranveer Singh. 

Dalam musim pertama, Neelam memberitahu bahawa dia ingin sangat digandingkan dengan Ranveer di dalam sebuah filem. 

Dia berpendapat Ranveer adalah seorang aktor yang sangat hot dan tidak kisah jika tidak dibayar untuk berlakon bersama Ranveer sebagai ibu dan anak. 

Neelam yang cukup terkenal di era 80-an dan awal 90-an telah membintangi banyak filem. Antaranya adalah Illzam, Khudgarz, Hatya, Farz Ki Jung, Taaqatwar, Do Qaidi, Aag Hi Aag dan Hum Saath-Saath Hain.  – Getaran, 7 November 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Priyanka Chopra Akhirnya Dedah Sebab Sebenar Dia Tinggalkan Industri Bollywood, Apa Kaitan Dengan Karan Johar?

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Kenyataan SS Rajamouli, RRR Bukan Filem Bollywood Bikin Pengguna Twitter ‘Berbelah Bahagi’ Pendapat 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Pelakon TV, Tunisha Sharma Bunuh Diri, Dipercayai Terlalu Kecewa Akibat Putus Cinta

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Akhirnya Urfi Javed Ditahan Pihak Polis Dubai Kerana Berpakaian Mencolok Mata  

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 11 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN