web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Program Atau Acara Halloween Mungkin Akan Digam Daripada Industri Penyiaran Korea Selamanya! 

Tragedi Itaewon yang tragis menyebabkan pelbagai persembahan secara live mahu pun program rakaman penyiaran dihentikan, dibatalkan atau dipadamkan sama sekali. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 9:28AM

Akibat tragedi Itaewon yang berlaku pada hujung minggu lalu, kebanyakan acara atau program berkaitan Halloween telah dibatalkan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perkataan Halloween nampaknya bukanlah perkataan yang digemari di Korea buat masa ini, sedangkan perayaan tersebut sebelum ini memang cukup dinanti-nantikan. 

Menurut laporan Allkpop, setiap tahun, syarikat penyiaran di Korea pasti akan merancang sebuah acara atau program berepisod Halloween yang istimewa buat penonton mereka. 

Namun, disebabkan tragedi Itaewon yang berlaku pada hujung minggu lalu, kebanyakan acara atau program berkaitan Halloween telah dibatalkan.

Sebahagian barangan milik mangsa rempuhan di Itaewon, Korea Selatan. - Gambar AFP
Sebahagian barangan milik mangsa rempuhan di Itaewon, Korea Selatan. - Gambar AFP

  Bahkan, perkhidmatan Video On Demand (VOD) juga telah membuat suntingan terhadap apa sahaja episode yang melibatkan Halloween mahu pun pelakon mereka yang mengenakan kostum perayaan tersebut. 

Episod 'Hong Kim Dong Jeon' yang ditayangkan pada 23 Oktober lalu juga telah diturunkan oleh perkhidmatan VOD. 

Tidak hanya itu, program hiburan yang popular di KBS 2TV iaitu 2 Days 1 Night juga telah melakukan suntingan terhadap kandungan yang berkaitan Halloween. 

Program itu telah membuat suntingan tersebut lebih awal terhadap perarakana Halloween lebih awal sebelum menayangkannya. 

'The Return of Superman' juga membawa turut beberapa episode terdahulu mengenai Halloween. 

Platform OTT juga tidak berkecuali.  

Platform seperti Tving dan Watcha telah membuang atau memadamkan apa kandungan berkaitan Halloween atau yang mempunyai dekorasi perayaan itu seperti buah labu dan tanglung. 

Manakala, program radio pula dengan serta-merta menukar program pra-rakaman Halloween istimewa dengan program yang lain. 

Radio KBS iaitu Cool FM menerusi program Radio Show terpaksa membuang pra-rakaman Park Myung Soo kerana ia disifatkan tidak sesuai dengan suasana negara itu yang sedang berkabung. 

Gambar AFP
Gambar AFP

Beberapa agensi Kpop pula membatalkan pelbagai acara berkaitan dengan Halloween. SM Entertainment tidak meneruskan acara ‘SMTOWN WONDERLAND’ 2022 yang sepatutnya diadakan pada 30 Oktober lalu. 

Acara 'Strike Music Festival’, yang mempromosikan 'Fantasy Halloween' yang bermula seawal 28 Oktober telah membatalkan segala persembahan pada 30 Oktober. 

Salah seorang pihak penyiaran memberitahu: “Nampaknya segala program, acara dan persembahan berkaitan Halloween tidak akan diterbitkan atau diadakan di industri penyiaran dan persembahan di Korea pada masa hadapan, bukan hanya untuk tahun ini sahaja”.  – Getaran, 4 November 2022 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 3 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...