web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Filem ‘Amsterdam’ Membawa Konspirasi Terbesar Dalam Sejarah Negara Amerika

Jika diperhalusi juga, filem ini sebenarnya turut menunjukkan konspirasi rasis koloni Amerika terhadap warga kulit hitam serta ‘power supremacy’ ketika Perang Dunia yang pertama.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 6:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem Amsterdam yang telah mula ditayangkan sejak 7 Oktober lalu ini menampilkan  sederet bintang Hollywood kenamaan, seperti Christian Bale, Margot Robbie, Taylor Swift, John David Washington, Rami Malek dan Anya Taylor-Joy.

Ia berdasarkan konspirasi politik 1933 di Amerika Syarikat melibatkan kisah tentang tiga sahabat iaitu seorang doktor, peguam dan jururawat yang dilakonkan Burt Berendsen sebagai Christian Bale, Valerie Voze l (Margot Robbie) serta Harold Woodsman (John David).

Ketiga-tiga mereka ini dituduh terlibat dalam pembunuhan misteri seorang Jeneral Amerika Syarikat, Senator Bill Meekins yang telah bersara.

Bagi menghindari tuduhan ini, mereka harus mencari pembunuh sebenar supaya tidak dipenjarakan. Mereka harus membersihkan nama mereka.

Dalam proses mempertahankan diri serta merungkai misteri pembunuhan tersebut, mereka bertemu dengan pelbagai karakter dan secara tidak langsung terjebak di tengah-tengah konspirasi terbesar dalam sejarah Amerika itu.

Filem bergenre period komedi thriller ini bergerak agak perlahan tetapi plot-plotnya disusun dengan begitu menarik dan peralihan babak ke babak juga agak kemas dan saling berkait hingga menjadikan penonton sukar untuk meneka plot twistnya.

Ia mula memaparkan era 1933 di Harlem New York dan kemudian melompat ke tahun 1918 di Amsterdam dan kemudian kembali ke era New York. Mungkin, ada yang tertanya mengapa  pengarahnya, David O Russell berbuat begitu.

Tapi, menerusi landskap bingkai masa ini, Russell mungkin cuba untuk membuat kenyataan tentang apa yang berlaku di dalam politik sayap kanan Amerika Syarikat dan ideologi fasis yang telah berlaku beberapa tahun kebelakangan itu.

Dan jika diperhalusi juga, filem ini sebenarnya turut menunjukkan konspirasi rasis koloni Amerika terhadap warga kulit hitam serta ‘power supremacy’ ketika Perang Dunia yang pertama.

Dalam kata lain, ‘Amsterdam’ secara halusnya menceritakan kisah benar berkenaan konspirasi terbesar dalam sejarah negara Amerika yang berlaku susulan ‘power supremacy’.

Apapun, keserasian di antara Christian Bale, Margot Robbie dan John David juga cukup terserlah di dalam filem ini dan walaupun mereka adalah pelakon yang serius, namun babak komedi yang diselitkan di dalam filem ini berjaya disampaikan mereka dengan baik, sehingga mencuit hati penonton.

Tentang kemunculan bintang pop, Taylor Swift yang membawakan watak sebagai Elizabeth Meekins hanyalah sekadar okay ia tidaklah begitu memberikan faktor wow kepada filem ini. Bahkan, lakonannya nampak agak kaku.

Namun, ada banyak elemen menarik mengenai gandingan Malek Rami bersama Anya Taylor-Joy serta Michael Shannon dengan Mike Myers dalam filem ini. - Getaran, 12 Oktober 2022

Getar: 3.5

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN