web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dreamy Eyes: Membelah Ngilu Luka Cinta Pertama

Antara filem melankolik terbaik yang pernah ditonton. Berikut kami ceritakan bagaimana 'Dreamy Eyes' berjaya mengembalikan semula ingatan kisah cinta pertama kita semua.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2021 8:40AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Siapa yang tengok filem Vietnam?”

Itulah soalan yang kami terima sewaktu mula-mula menyebut Dreamy Eyes kepada kawan-kawan.  Kami tak menyalahkan mereka kerana kami juga hampir sahaja membatalkan niat untuk menonton filem ini kerana dua perkara. 

Pertama, kerana filem dari negara itu tidaklah begitu dekat dengan masyarakat kita jika dibandingkan dengan filem Asia Tenggara yang lain seperti  Indonesia, Thailand atau Filipina yang telah memiliki pengaruh tertentu dalam pasaran kita.

Kedua, kerana ia kisah cinta yang mungkin memiliki jalan cerita yang membosankan atau dialog yang merepek seperti beberapa (baca: banyak) drama dan filem cinta yang kami pernah tonton sebelum ini. 

Namun, percaturan kami menghabiskan dua jam di panggung untuk filem asing ini rupanya menjadi keputusan terbaik yang dilakukan kerana ia memperkenalkan kami dengan kepengarahan Victor Vu yang luar biasa. Dreamy Eyes atau Mat Biec sebenarnya diadaptasi dari sebuah buku karya Nguyen Nhat Anh dengan tajuk yang sama diterbitkan pada tahun 1990. 

Oleh itu, sepanjang filem ini ditayangkan, Victor Vu membawa kita berada di dalam zaman tahun 90-an Vietnam. Beliau kemudian memperkenalkan kita dengan sebuah kisah cinta pandang pertama seorang budak lelaki  bernama Ngan yang jatuh hati kepada rakan sekelasnya yang bernama Ha Lan.

Kedua-duanya kemudian tumbuh dewasa dan saling menyimpan perasaan. Ngan mencintai Ha Lan kerana dua benda. Pertama matanya, kedua baju putih Ao Dai  yang disarungkan Ha Lan berkibar setiap kali angin bertiup. 

 

Bertembung cinta dan budaya

Namun Dreamy Eyes tidak hanya sekadar kisah cinta era 90-an. Ia rupanya merakam kisah pertembungan cara hidup tradisional masyarakat Vietnam dan penerimaan mereka terhadap pengaruh budaya barat. Ha Lan berpindah ke bandar, sikap dan cara dia memandang hidup sudah berubah. 

Dia tidak hanya beralih cinta dan memilih jejaka lain, malah dia turut menanggalkan baju Ao Dai dari tubuhnya dan menyarung dress pendek. Ngan perlahan-lahan mengerti kekasihnya itu sudah melepaskan dia dari hatinya. Tapi Ngan adalah seorang lelaki yang hanya mencintai seorang perempuan hingga mati. Tidak mungkin dia boleh melupakan sinar mata Ha Lan semalaman. 

Jika anda tidak begitu arif mengenai Vietnam seperti kami, filem ini juga seolah membawa anda menjelajah ke tempat-tempat indah di Vietnam. Apa yang membikin kami takjub ialah bagaimana pengarah memastikan setiap inci babak Dreamy Eyes sangat realistik. Tidak hanya pakaian malah bangunan, pasar, bas, papan tanda, motor dan semuanya yang dipaparkan dalam filem ini begitu 90-an sekali!

Dreamy Eyes tidak memiliki jalan cerita yang sukar difahami. Tidak ada hal begitu mengejutkan dalam jalan cerita filem ini tetapi ia begitu indah. Dialog, muzik dan lakonan sepanjang dua jam ini begitu begitu cantik dipersembahkan. 

Filem pecah panggung

Ketakjuban kami terjawab apabila mendapat tahu rupa-rupanya Dreamy Eyes adalah filem pecah panggung di Vietnam dan mensasarkannya untuk tersenarai Anugerah Oscar. Namun, nasib tidak menyebelahi mereka. 

Walaupun begitu, Dreamy Eyes berjaya memperoleh RM800 juta dalam masa tiga hari tayangan. Ia sekali gus meletakkan filem ini dalam kategorikan box office selama 18 hari berturut-turut menyamai rekod filem Avengers: End Game yang ditayangkan di Vietnam. 

Pawagam GSC sedang menayangkan filem ini semula di Malaysia. Selepas pulang menonton filem ini, kami mencari apa lagi  keajaiban yang boleh kami temui dari karya negara Vietnam itu. 

Anda sememangnya mempunyai hak untuk meragui tulisan kami ini. Jadi kami mencadangkan anda untuk pergilah menonton Dreamy Eyes sendiri sementara ia masih ditayangkan.

Ketika ini juga, kami sedang melihat jadual tayangan untuk menonton sekali lagi filem ini. Siapa tahu, kami mungkin duduk di sebelah anda di dalam panggung nanti. - Getaran, 13 April 2021

Semua gambar: GSC Malaysia

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Jelajah 1 tahun yang lalu

Vietjet Luaskan Penerbangan Ke Destinasi Pantai Popular Di Vietnam, Promosi Tiket Setiap Jumaat

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 jam yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Konsert anjuran Icon Entertainment yang berlangsung lebih tiga jam itu bukan sekadar persembahan muzik, malah menjadi medan mengimbau kenangan dan nostalgia bua...

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...