Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Sebenarnya Saya Sudah Nampak Perjalanan Saya Dari Awal’ – Roy Kapilla Tersingkir Dari GV9

Roy Kapilla menjadi peserta pertama yang tersingkir dari Gegar Vaganza musim kesembilan apabila nyanyiannya menerusi lagu ‘Izinkan Selamanya Namamu Di Hati’ dikatakan tidak seiring dengan muzik.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2022 2:19PM

Roy Kapilla - Gambar ihsan Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semalam telah berlangsung konsert minggu kedua Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) dan ia  menyaksikan Roy Kapilla menjadi peserta pertama yang disingkarkan.

Pada minggu kedua,  kesemua 13 peserta diberikan tugasan bertemakan Malar Segar Mekar Membara di mana mereka perlu menyanyikan lagu-lagu lama yang kembali viral ataupun lagu-lagu dari alumni Gegar Vaganza. 

Roy yang membuat persembahan menerusi lagu 'Izinkan Selamanya Namamu Di Hati' dendangan asal EYE dilihat gagal menyampaikan lagu berkenaan dengan baik sehingga menyebabkan dia meraih markah tercorot iaitu sebanyak 53.20 peratus. 

Menurut ketua juri iaitu Datuk Ramli MS, nyanyian Roy pada malam itu tidak seiring dengan muzik. 

“Apa yang kami nilaikan adalah nyanyiannya. Muzik mengiringi dia, dia sepatutnya seiring. Dua elemen ini tidak menyokong satu sama lain. Tetapi saya tak salahkan dia. Sebab dia sudah lama menyanyi dengan cara nyanyian dia,” katanya sewaktu ditemui di sesi sidang media. 

Ramli MS
Ramli MS

Bagi Roy pula, dia mengakui sebenarnya sudah tahu dan nampak bagaimana perjalanannya di dalam GV9 sejak dari awal. 

“Sebenarnya selepas membuat persembahan tadi, saya sudah tahu ke mana saya akan pergi. Apa yang diberitahu Datuk Ramli adalah benar. Banyak yang tak okey dalam nyanyian saya,” katanya. 

Ditanya adakah penyingkirannya itu boleh diibaratkan sebagai melepaskan satu beban yang berat, Roy tidak menafikan perkara itu, apa lagi melihatkan faktor usianya yang paling tua dalam kalangan semua peserta. 

“Tetapi saya rasa cukup bertuah dapat berada di atas pentas GV yang sangat besar dan hebat ini,” katanya yang sudah bersedia untuk kembali aktif dalam bidang seni.

Pada malam itu juga, kedudukan peserta dilihat banyak yang berubah dari minggu pertama. Tomok muncul sebagai juara di minggu kedua dengan markah sebanyak 80 peratus. Hazrul Nizam membuat kejutan apabila melonjak kedudukan dari tempat tercorot ke tempat kedua dengan markah sebanyak 79.80 peratus. 

Tomok, Hazrul dan Shila
Tomok, Hazrul dan Shila

Shila Amzah pula berjaya mengekalkan momentum untuk meraih kedudukan tiga teratas apabila menduduki tempat ketiga dengan pungutan markah sebanyak 78.90 peratus. Tempat keempat pula diraih kumpulan VE dengan markah sebanyak 74.50 peratus, manakala tempat kelima pula menjadi milik Jaclyn Victor dengan markah sebanyak 74.40 peratus.

Pat Candy dan suaminya
Pat Candy dan suaminya

Pat Candy yang membuat persembahan sambil diiringi petikan gitar suaminya iaitu Edrie Hashim berada di tempat keenam dengan markah 69.30 peratus, diikuti Bob Yusof di tempat ketujuh (64.50 peratus), Dina Nadzir di tempat kelapan (61.40 peratus), Asheed di tempat kesembilan (60.60 peratus), Tom di tempat ke-10 (59.90 peratus), Fuad Rahman di tempat ke-11 (57.90 peratus) dan Haida Hasnan di tempat ke 12 (57.80 peratus). 

Konsert minggu ketiga nanti bakal menyaksikan kesemua 12 peserta yang masih kekal akan menyampaikan lagu-lagu yang dipilih oleh netizen dari pelbagai genre seperti rock, dangdut dan irama pop tradisional.  – Getaran, 26 September 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 7 bulan yang lalu

Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

2

Filem & TV 9 bulan yang lalu

Dem Lepak Boyz Dan Firdaus Rahmat Tersingkir Di Minggu Separuh Akhir Big Stage 2023

3

Muzik 10 bulan yang lalu

“Dia Sepatutnya Menyanyi Lagu Britney Spears, Bukan Christina Aguilera” – Juri Singkirkan Peserta Dari Singapura, Farhan Shah

4

Filem & TV 11 bulan yang lalu

Big Stage 2023 - Persembahan Gagal Beri Impak, Juri Tetap Tidak Mahu Beri ‘Imuniti X’ Kali Kedua Buat Naufal Azrin

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

3

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

4

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

5

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

6

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

Bayi lelaki seberat 3.06 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur

oleh Wartawan Hiburan Getaran