Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


“Dia Sepatutnya Menyanyi Lagu Britney Spears, Bukan Christina Aguilera” – Juri Singkirkan Peserta Dari Singapura, Farhan Shah

Big Stage 2023 menyaksikan buat kali kedua juri tetap menggunakan kuasa Imuniti X untuk menyelamatkan peserta yang tersingkir iaitu Dem Lepak Boyz dan menyingkirkan peserta dari Singapura, Farhan Shah.

Muzik Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 12:30PM

Juri sebulat suara memilih peserta dari Singapura iaitu Farhan Shah untuk disingkiran. - Gambar Astro/AzrulRafie

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert Big Stage 2023 minggu keenam menyaksikan juri tetap sekali lagi menggunakan Imuniti X untuk menyelamatkan peserta yang tersingkir.

Kali ini juri telah memilih untuk menyelamatkan kumpulan Dem Lepak Boyz yang telah diumumkan tersingkir. Juri juga sebulat suara memilih peserta dari Singapura iaitu Farhan Shah untuk disingkiran. 

Selain Dem Lepak Boyz dan Farhan Shah, seorang lagi peserta iaitu Firdaus Rahmat turut berada di kedudukan tiga terbawah. 

Selain Dem Lepak Boyz dan Farhan Shah, seorang lagi peserta iaitu Firdaus Rahmat turut berada di kedudukan tiga terbawah. - Gambar Astro/AzrulRafie
Selain Dem Lepak Boyz dan Farhan Shah, seorang lagi peserta iaitu Firdaus Rahmat turut berada di kedudukan tiga terbawah. - Gambar Astro/AzrulRafie

Pada konsert minggu keenam itu, Dem Lepak Boyz telah menyampaikan lagu Apa Khabar daripada Joe Flizzow dan Sonaone manakala Farhan Shah pula menyampaikan lagu ‘Fighter’ daripada Christina Aguilera

Menurut salah seorang juri tetap iaitu Ajai, dia berkata pihak juri merasakan belum tiba masanya untuk Dem Lepak Boyz meninggalkan pentas Big Stage kerana kumpulan itu telah menunjukkan peningkatan.

“Apa yang saya cari setelah minggu keenam ini adalah ‘rasa’ dalam nyanyian. Mereka perlu faham tentang lirik dan irama.

“Kebanyakan peserta yang masih tinggal ini, mereka berjaya memberikan rasa itu kecuali yang tersingkir. 

“Tidak bermaksud juri selamatkan Dem Lepak Boyz kerana mereka adalah peserta kegemaran juri. Mereka terselamat kerana mereka ada kemajuan dalam persembahan,” katanya.

Ajai dan Aina Abdul - Gambar Astro/AzrulRafie
Ajai dan Aina Abdul - Gambar Astro/AzrulRafie

Sementara itu seorang lagi juri tetap iaitu Aina Abdul memberitahu, juri sepakat memilih untuk menyingkirkan Farhan Shah kerana graf persembahannya semakin menurun dari minggu ke minggu. 

“Pada minggu kedua dia ada peningkatan sedikit menerusi lagu Mercy. Tetapi selepas itu dia macam hilang arah. Mungkin kerana dia berpegang pada satu gaya sahaja. Dia kelihatan seperti telah memberikan sepenuhnya, tetapi rasa itu tidak boleh menipu,” ujarnya.

Ditanya adakah nada lagu perempuan tidak sesuai dengan suara Farhan, lantaran seringkali dilihat menyanyikan lagu dari penyanyi wanita, jelas Ajai, perkara itu boleh terjadi terutamanya apabila peserta tidak mampu mencapai nada tinggi penyanyi perempuan.

“Nada Christina Aguilera kita tahu memang tinggi. Farhan mungkin patut menyanyikan lagu Britney Spears kerana nada dia lebih rendah. Maksud saya kita perlu faham, nada suara kita boleh pergi sampai tahap mana,” jelasnya. 

Gambar Astro/AzrulRafie
Gambar Astro/AzrulRafie

Sementara itu Farhan Shah berkata, dia sudah dapat menduga akan tersingkir apabila Aina Abdul memberikannya markah yang rendah pada konsert minggu kelima.

“Sebenarnya, minggu lepas saya keliru. Kenapa saya dapat markah paling rendah daripada Aina. Mungkin ada ‘flat’ dan ‘sharp’ dalam nyanyian saya. Tetapi saya rasa saya tidak sepatutnya mendapat markah sebanyak 39. Dari situ saya sudah dapat rasa minggu hadapan pasti saya akan tersingkir. 

“Tetapi saya rasa telah buat yang terbaik untuk minggu ini. Saya betul-betul puas hati. I left the competition with a bang! “, katanya.

Gambar Astro/AzrulRafie
Gambar Astro/AzrulRafie

Ditanya adakah dia kecewa apabila juri memilihnya untuk disingkirkan demi menyelamatkan Dem Lepak Boyz, kata Farhan dia sebenarnya gembira apabila mengetahui bahawa ada orang yang menyokongnya menerusi undian penonton.

“Saya tak sangka ada orang yang menyokong saya dalam pertandingan ini. Walaupun saya telah berada di kedudukan tiga terbawah sebanyak tiga kali. Saya tak sangka Dem Lepak Boyz akan tersingkir, saya ingatkan saya yang akan terkeluar. 

“Seperti yang saya katakan tadi, sejak minggu lalu saya dapat rasakan mungkin Aina tak suka saya. Mungkin dari sudut vokal ataupun persembahan. 

“Saya pun belum dapat penjelasan daripada Aina kenapa saya dapat markah terendah. Bila juri ingin beri Imuniti X, memang saya sudah duga mereka akan memilih saya untuk disingkirkan. Saya terima keputusan ini,” luahnya. 

Gambar Astro/AzrulRafie
Gambar Astro/AzrulRafie

Kongsi Farhan lagi, sebagai peserta dari Singapura, dia akui terasa lelah saat berjuang dalam pertandingan ini kerana tidak mempunyai pasukan di belakangnya seperti peserta-peserta lain.

“Saya lakukan semuanya sendiri. Saya tiada pihak pengurusan yang membantu. Susunan muzik saya buat sendiri, konsep persembahan, konten media sosial, semuanya saya buat sendiri.  Sebenarnya saya tak cukup tidur,” kongsinya. 

Dilihat sering menyanyikan lagu daripada penyanyi wanita setiap minggu, kata Farhan dia punya alasan tersendiri kenapa memilih lagu-lagu tersebut. 

“Itu adalah strategi saya dalam pertandingan ini. Kalau ikut ‘range’ suara, Putera Muhammad punya ‘range’ yang lebih besar. Dari segi persembahan pula, kumpulan Coex lebih menyerlah.

“Jadi saya susun strategi apa yang harus saya lakukan dalam persembahan saya dengan memilih lagu-lagu wanita yang disusun semula dan disampaikan dalam gaya yang lebih maskulin. Tak kisahlah menyanyi lagu wanita atau lelaki, yang penting kita sampaikan seperti lagu sendiri,” ujarnya. 

Barisan juri Big Stage 3 - Gambar Astro/AzrulRafie
Barisan juri Big Stage 3 - Gambar Astro/AzrulRafie

Berikut adalah kedudukan peserta mengikut markah yang diberikan oleh dua juri tetapi dan juri jemputan iaitu Datuk Seri Rossa: 

Waode (95.67 peratus), Putera Muhammad (95 peratus), Nadeera Zaini (93.33 peratus), HoonDoo (87.67 peratus), Puteri Khareeza (82.67 peratus), Coex (82.33 peratus), Aufahanie (71.67 peratus), Dem Lepak Boyz (70.67 peratus), Farhan Shah (64 peratus) dan Firdaus Rahmat (61.33 peratus). – Getaran, 12 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 9 bulan yang lalu

Dem Lepak Boyz Dan Firdaus Rahmat Tersingkir Di Minggu Separuh Akhir Big Stage 2023

2

Filem & TV 11 bulan yang lalu

Big Stage 2023 - Persembahan Gagal Beri Impak, Juri Tetap Tidak Mahu Beri ‘Imuniti X’ Kali Kedua Buat Naufal Azrin

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Hanya 6 Peserta Ke Final, Dina Dan Fuad Tersingkir Dari GV9

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

‘Sebenarnya Saya Sudah Nampak Perjalanan Saya Dari Awal’ – Roy Kapilla Tersingkir Dari GV9

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

3

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

4

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

5

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

6

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

Bayi lelaki seberat 3.06 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 44 minit yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

Tanpa mendedahkan wajah puteri sulungnya itu, Uqasha kelihatan berseri-seri memeluk bayinya.

oleh Wartawan Hiburan Getaran