web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saw Teong Hin Kembali Jadi Juri BMW Shorties Bersama Barisan Ahli Juri Karyawan Filem Muda  

Sejak lebih 15 tahun, kita telah berpeluang melihat bakat-bakat watan yang hebat menyajikan pelbagai cerita dan filem menerusi BMW Shorties. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2022 6:00PM

Seow Teong Hin - Gambar Facebook Seow Teong Hin

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah filem Puteri Gunung Ledang dan You Mean The World, sekali lagi dilantik sebagai juri pertandingan filem pendek, BMW Shorties bagi edisi Ke-16 yang bertemakan RE:Imagine. 

Namun kali ini, Seow Teong Hin akan turut ditemani empat karyawan filem muda dalam barisan kumpulan jurinya. 

Mereka adalah pengarah yang telah mencipta nama di peringkat antarabangsa, Nadiah Hamzah (Motif), pengarah Jeany Amir (Bu, Kasih Suci), penulis lakon layar merankap penerbit, Anwari Ashraf (Paskal dan Polis Evo),  serta pembikin filem ternama, Joon Goh (Wanita Terindah dan Sitik Tok).

Seow Teong Hin berkata, sejak lebih 15 tahun, kita telah berpeluang melihat bakat-bakat watan yang hebat menyajikan pelbagai cerita dan filem menerusi BMW Shorties. 

“Sebagai sebuah platform yang diwujudkan  untuk mencungkil dan mendukung bakat-bakat dalam landskap kreatif tempatan, saya teruja untuk menyaksikan golongan pelapis yang memaparkan cerita yang dicorak sewaktu dunia terhenti akibat pandemik sejak dua tahun lalu,” katanya. 

Jeany Amir - Gambar dari Instagram Jeany Amir 
Jeany Amir - Gambar dari Instagram Jeany Amir 

Bagi Jeany Amir pula, dia berbesar hati kerana dipilih menjadi juri untuk tahun ini dan ingin berkongsi kepakarannya dalam dunia pembikinan filem komersial bersama BMW Shorties. 

“Azam dan tekad amat diperlukan untuk berjaya dalam industri ini, jadi saya berharap para pelapis industri perfileman Malaysia akan memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya dan menggunakan BMW Shorties sebagai batu loncatan untuk bukan sahaja mengasah kemahiran mereka, tapi juga menonjolkan individualiti mereka,” jelasnya.

Nadiah Hamzah pula berkata, wabak COVID-19 pastinya telah mencorak dan memberi kesan ke atas banyak industri di serata dunia, dan industri kita ini juga tidak terkecuali. 

“Sementara kita membina semula arena kreatif di Malaysia dan memperkenalkan BMW Shorties sekali lagi, kita mempunyai tanggungjawab untuk terus menyediakan sebuah wadah yang inklusif dan yang mudah diakses bakat-bakat tempatan kita, terutamanya mereka yang telah disisihkan selama ini. 

“Tahun ini, ayuh kita galakkan lebih ramai wanita untuk menceburkan diri dalam bidang pengarahan, sekali gus meraikan lebih banyak cerita daripada komuniti kita yang pelbagai,” tambahnya.  

Anwari Ashraf pula berpendapat, 2022 menandakan sebuah permulaan baharu bagi landskap perfileman tanah air. 

“Bagi saya, walaupun peluang untuk berkarya agak kelam sepanjang dua tahun yang lalu, saya pasti ia sedikit sebanyak telah memberi kita ruang untuk mengasah kemahiran dan mempersiapkan lagi diri kita untuk mendepani era perfileman yang baharu,” katanya. 

Sementara bagi Joon Goh, setelah lebih satu dekad bakat-bakat industri kreatif tempatan dipupuk, pelbagai cerita yang dizahirkan daripada BMW Shorties saban tahun.

“Ia tidak pernah berhenti membuat saya berasa kagum. Saya yakin yang kita bakal menyaksikan penyertaan-penyertaan yang luar biasa pada tahun ini,” tuturnya.

Meraikan edisi tahun ke-16 dengan tema RE:IMAGINE, BMW Shorties berhasrat untuk mencabar para pembikin filem dan konten tempatan untuk mendekati konsep penceritaan dari sudut yang baharu, berlatarkan dunia pasca pandemik.

Pemenang hadiah utama bagi pertandingan BMW Shorties 2022 sekali lagi akan dianugerahkan sebuah geran produksi bernilai RM80,000 bagi pembikinan filem hasil pembiayaan BMW Shorties mereka. 

Pertandingan ini juga akan mengiktiraf pelbagai faset pembikinan filem melalui kategori penganugerahan seperti Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik, Suntingan Terbaik, Rekaan Bunyi Terbaik, Anugerah Pilihan Popular serta Anugerah Pelajar Terbaik.

Penyertaan BMW Shorties telah mula dibuka sejak Selasa lalu (20 September) sehingga 20 Oktober ini melalui laman sesawang BMW Shorties di www.bmwshorties.com.my.

Ikuti laman Facebook dan Instagram rasmi BMW Shorties untuk perkembangan terkini, atau tonton filem-filem pemenang dari tahun-tahun yang lalu di saluran YouTube rasmi BMW Shorties. – Getaran, 22 September 2022

Seow Teong Hin - Gambar dari Facebook Seow Teong Hin
Seow Teong Hin - Gambar dari Facebook Seow Teong Hin

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 7 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN